Saturday, October 26, 2013

Ubah diri kamu, kamu mampu ubah sekeliling..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..

Saya mulakan lafaz Bismillah ini setelah sekian lama tidak membukanya...

kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas nikmat yang diberikan kepada kita..


Setiap individu ada kelebihan masing-masing.. manfaatkan dengan sebaiknya

ada yang pandai bercakap..
ada yang boleh berpantun..
ada yang sedap bacaan al-Qur'annya..
pandai melukis..
menyanyi..
berfikir..
menjahit..
bermain bola dan sebagainya..

aktiviti kita itu apabila kita asahkannya menjadi satu yang bernilai insyaAllah dapat membantu orang sekeliling..
walaupun kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita..

jadi bermula pada saat ini.. jangan lihat orang lain.. lihat dalam dirimu..
tanya pada diri..

apa yang aku mampu sumbangkan??
apa yang aku inginkan untuk diriku??
apa yang ada pada diriku 10 20 tahun akan datang??

tanyalah dengan perasaan yang mendalam.. lihat dan selam dirimu dengan penuh keazaman..

be yourself..

kamu membentuk diri kamu sendiri.. dengan cara dan kaca mata diri kamu.. kamu akan menemui cahaya yang dicari..

SEMOGA BERJAYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA..

Friday, March 29, 2013

Pra - ustazah

Assalamualaikum..

waduh2.. apa khabar semua??


 Moga sihat selalu..
31 Mac 2013 - tarikh keramat.. ana kena praktikum untuk pertama kali nya di bumi terengganu nie..
Sejam 15 minit dari maktab kuala terengganu.. Debaran amat tidak disangkal..


(dalam kesibukan asignment nie smepat update lagi yer, selama nie x pernah plak menyempat)..


moga pengalaman belajar selama hampir 2thun setengah nie dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. banyak ilmu perlu diterokai.. jom sama-sama kita terokai..

kepada murid-murid Sek Keb. Bukit Jejulung, tunggu ustazah yer.. kita belajar sama-sama.. takut plak.. eden nie kalut sikit.. murid-murid sabar yer..

Persediaan mental fizikal amat perlu.. ilmu perlu ditambh.. buku perlu dibaca.. semoga menjadi Ustazah yang mendidik dan membimbing bukan hanya sekadar Ustazah Hujung Bulan (yang hanya tunggu gaji masuk).. 

~jom siapkan asignment sebelum bergerak ke rumah sewa yang entah bila pulak akan mai balik IPG nie.. uhuhhh... rindu la nanti.. rindu dengan kesibukan dan gerak kerja di IPG.. Moga terus thabat, InsyaAllah... good luck.. maan najah :D

Thursday, June 28, 2012

Ana ada enti, enti ada ana

Setiap orang berbeza antara satu sama lain. Tidak mungkin dapat menyamakan setiap individu dengan individu yang lain namun kita hidup perlu saling lengkap melengkapi. setiap orang mempunyai kelemahan, namun kelemahan itu ditampung oleh kelebihan dan kekuatan orang lain yang berada disisi. Setiap individu jangan dirasa hebat andai Allah mengurniakan sedikit kelebihan dari yang lain, dan yang banyak kekurangan jangan rasa rendah diri kerana kelebihan dan kekurangan kita adalah pelengkap antara satu sama lain. Moga dengan adanya kelebihan dan kekurangan dalam setiap individu menjadikan kita lebih kuat dan erat pergantungan kita dengan Allah s.w.t.



Kita umpama pecahan -pecahan pazzle yang pelbagai bentuk. Ada yang cantik, ada yang besar, ada yang kecil. Sekiranya dilihat secara individu kita akan nampak satu pecahan yang tidak cantik namun apabila pecahan-pecahan pazzle itu disusun dengan baik, teratur dan kemas dapat membentuk satu hasil yang indah dan cantik.

Kadang-kadang kita perlu lihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih luas agar kita dapat bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Namun setiap manusia hanya melihat dari satu sudut sahaja. Hanya melihat dari sudut diri kita sahaja. Tidak ada masalah andai ingin melihat diri, bermuhasabah dan ingin berubah kearah yang lebih baik namun jangan jadikan setiap perkara yang Allah ciptakan sia-sia. Kita umpama satu binaan yang kukuh dan saling menampung antara satu sama lain.



Saya sering melihat sesetengah orang membandingkan individu dengan individu yang lain.

"sepatutnya dia tu yang kena buat benda nie. Dia lebih pandai menulis. Hasilnya lebih bermutu berbanding dengan **** hanya pandai menulis dalam satu bab ja. Asyik-asyik berkongsi pasal tarbiyah. Cuba kongsi yang lain pulak"

"Hanis yang sepatutnya dapat jawatan tu. Dia lebih pandai cakap, idea pun mantap. Dia pun dah banyak pengalaman dalam persatuan ini. Nie tidak, Balkis jugak yang dapat. Dia dah la buat kerja slow. Tension aku..."

Banyak lagi yang kita katakan dah luahkan. Saya bukan ingin menutup satu kritikan membina kepada yang individu lain atau kepada diri saya sendiri namun saya ingin membuka satu perkara lain yang saya rasakan lebih baik.

"**** tidak pandai menulis. Apa kata minta dia bantu **** untuk mencurahkan idea. Moga gabungan dua individu yang hebat ini dapat menjadikan banyak penulisan dan hasil yang lebih bermutu"

"Balkis masih orang baru dan banyak perkara yang perlu belajar. Kalau ada kekurangan biasa la namun kita sama-sama membantu dirinya dalam gerak kerja nie. Jangan biarkan dia buat kerja sorang-sorang kita kena saling bantu. Balkiskan lebih mudah untuk bertolak ansur tidak kira dengan siapapun. Jadi dia mudah belajar. Tambah pulak dia penah menjadi pendebat di sekolah dulu. InsyaAllah tidak ada masalah"


Alangkah bagusnya andai ada sifat seperti diatas ini. InsyaAllah tidak ada masalah dalam gerak kerja. Masing-masing rasa kebergantungan antara satu sama lain dalam setiap hal dan tindakan. Allah tidak pernah menciptakan setiap sesuatu dengan sia-sia.

Moga kita belajar dari semut yang kecil namun saling bekerjasama untuk membantu mendapatkan makanan kepada sang Ratu. Kita??? Sepatutnya lebih lagi, bukan sahaja bekerjasama untuk mendapatkan makanan dan nikmat dunia malah perlu bekerjasama untuk membawa kita menuju ke jalan Allah s.w.t.

ANA ADA ENTI, ENTI ADA ANA.



FaDie
29/6/2012

Wednesday, May 16, 2012

Musim Exam.. IKHLASKAH?????

Assalamualaikum....

Selamat Haru Guru ana ingin ucapkan kepada semua... terutama kepada Mama, Nurida binti Shahabudin yang membesarkan ana dan sudi menjadi guru ana yang pertama... banyak ilmu yang dicurahkan kepada ana dalam ingin menjadi seorang insan di dunia ini....

bertalu-talu msg ucapan Selamat Hari Guru yang diterima... dar sahabat-sahabat, adik-adik dan tak lupa beberapa senior yang lagi hebat yang turut merupakan seorang guru... rasa kerdil diri ini apabila menerima ucapan dari beliau... syukran ana ucapkan kepada semua yang mengingati hari yang bersejarah bagi setiap guru.. Syukran sangat..

namun sambutan kali ini tidaklah semeriah sebelum ini... bukan dinilai pada sambutan yang diberikan mahupun bilangan hadiah yang diterima namun adalah disebabkan musim exam yang menimpa siswa guru di IPG KDRI malah IPG seluruh malaysia... namun cukuplah bagi seorang guru itu sekiranya anak didiknya menjadi Insan yang berguna pada agama dan negara... sudah memadai.. bagi ana.. namun terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak... (mungkin ini hanya pandangan ana yang bakal menjadi guru.. bukan seorang guru lagi...)



Musim exam ini.... sering difikiran ana terlintas soalan-soalan yang sukar ana temui jawapan yang memuaskan diri  ana setelah sekian lama... tetapi ana udah ketemui jawapan tersebut sekarang.. namun ia terpulang kepada setiap individu untuk menjawabnya...


Kenapa kita perlu belajar??
Kenapa pentingnya ilmu???
Apa nilainya ilmu tu???
Kenapa perlu exam, belajar sudah memadai??
diri sendiri ana hak untuk memilihkan............................



Soalan ini agak tidak wajar untuk disuarakan... sedangkan terdapat banyak ayat-ayat suci al-Qur'an yang menghuraikan kepentingannya... banyak hadis-hadis yang sahih telah mengukuhkan hujah ini... sahabat-sahabat pun turut menghuraikan kepentingan ini...

kenapa masih ada soalan seperti ini... ya.. masih ada.. ana hamba yang lemah... tapi Alhamdulillah.. sudah lama ianya berlLU..

sekarang musim exam... timbul soalan baru.. ikhlaskah menuntut ilmu selama ini?????

...........................................terdiam...................................................

ya.. sukar untuk ana menjawab soalan ini.. sukar sangat... namun kita perlu memperbaharui niat agar kita menuntut ilmu ini keranaNya... kerana ingin menuntut ilmu Nya.. dan.. pelbagai sebab-sebab lagi....


Jadi.. sama-samalah kita mengikhlaskan diri dalam menuntut ilmu.....



Tuesday, May 8, 2012

Teruskan berjuang

Assalamualaikum.....
Bismillahirrahmanirrahim...

Di pagi yang penuh rahmat ini, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk ana mengupdate blog ini walaupun asignment tidak lah mahukan komitmen pada masa sekarang.. masih diberikan masa lapang untuk bermuhasabah diri ini..

Sekiranya kita bercakap mengenai masa, masa tidak akan pernah berhenti.. akan terus berlalu, dan terus berlalu detik demi detik... dengan rahmat Alllah yang melimpah itu lah, kita masih diberik esempatan untuk terus hidup dan bernafas di muka bumi ini... terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita...  Alhamdulillah.. syukur atas nikmat yang melimpah ini...

diterbitkan matahari di waktu pagi.. dengan sinarnya yang begitu cantik.. tidak tergambar kecantikkan tersebut... apatah lagi ketika matahari terbenam.. indahnya... Bersyukurlah kita atas nikmat tersebut...
~sekadar kata-kata dipagi hari...~