Saturday, January 29, 2011

Mengubah dan perubahan

Assalamualaikum...
Moga semua boleh menerima perubahan yg ana lakukan dalam blog ini.. perubahan ini bukan hanya dipaparan skrin anda semata-mata.. tpi ana mengharapkan perubahan ini turut berlaku pada diri ana dan anda sendiri.. BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..



Ana tahu.. begitu perit untuk berubah.. semasa ana berada di Kem Bina Sahsiah ana sering berpesan kepada adik kumpulan ana untuk berikan ruang untuk diri mereka berubah.. apa yang ana katakan kepada mereka adalah untuk memberi ruang kepada ana untuk turut berubah juga.. biar perubahan yang kita lakukan datang dari dalam diri...


sekiranya perubahan yang sering kita harapkan tak tercapai... ana merasakan kita tak sediakan hati kita untuk berubah sebenarnya.. kita beri ruang untuk hati kita menerima perubahan yang kita lakukan.. jadi... apa yang harus kita lakukan????


kita refleksi diri kita semula.. dan kita beristiqfar dan cuba berikan ruang dalam hati kita.. dalam diri kita untuk berubah...




banyak kesalahan kita yg tanpa disedari.. sesiapa yg sedar akan kesilapan yg dilakukan.. Alhamdulliah.. teruskan usaha anda.. sesiapa yg masih tidak sedar.. berdoalah kepada Allah agar membukakan hati kita ini untuk menginsafi kekhilafan diri...




SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT HASIL PERUBAHAN KITA... TETAPI ALLAH MELIHAT USAHA KITA UNTUK BERUBAH...


~kengkawan yang sedang bercuti.. gunakan cuti nie dgn sebaiknya... 
~kepulangan ke kampung.. untuk beri ruang kepada diri bermuhasabah seketika diri ini yg sering melakukan kesilapan.. moga diberi kekuatan untuk berubah.. 






FaDie 
Tulisan Hati

Wednesday, January 26, 2011

Beristighfarlah...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya:  " Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana Roh masih berada di dalam jasad mereka.' Allah menjawab : Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku"

Seperti yang kita sedia maklum.. syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan kita.. akan kita hanya perlu menunggu kedatangan Ramdhan baru kita nak lepaskan ikatan kita dengan syaitan.. semestinya Tidak... kita seharusnya sedaya upaya untuk melepaskan diri kita dari hasutan dan godaan syaitan.. lagi kuat ikatan kita dengan Allah.. sebenarnya lagi kuat cobaan untuk diri kita dari syaitan.. semestinya.. kalau contoh.. nak jumpa Sultan.. atau Perdana Menteri.. kita seharusnya menjadi orang hebat atau terkenal.. baru kita dapat jumpa dengan sultan atau PM.. begitu juga dengan syaitan.. lagi kita hebat dengan Allah.. lagi berpengaruh syaitan tersebut.. bukan mudah untuk senang..  jadi sama-samalah kita membina kekuatan diri kita untuk menentang syaitan.. yang paling simple dan paling kuat godaan yang diterima adalah apabila kita ingin menentang hawa nafsu...


Begitu sukar.. begitu perit..



Kita yang menentukan siapa yang menang.. kuatkan iman kita.. ingat Allah.. perbanyakkan Istiqfar... andai masih banyak dosa-dosa yang rasakan kita buat.. lagi perlulah banyak kita beristiqfar,, yang penting jangan mudah menyerah kalah dalam ingin bermujahadah...

kalau kita menyerah kalah sebelum berjuang.. itu bukan nama pengorbanan... biarlah kita berusaha dahulu.. hasilnya.. biar Allah sahaja yang menentukannya...

biar perit... biar sukar.. namun kita bahagia atas nama ketakwaan kepada Allah yang Satu...



FaDie
Muhasabah Hati

Tuesday, January 25, 2011

Monday, January 24, 2011

Layakkah aku?????

Bismillahirrahmanirrahim ~  

Rasa dah lama tidak mengupdate blog ini.. mood langsung tidak hadir semenjak blog ini bertukar wajah dah dimensi baru dibandingkan dengan blog .:BUSTANULMAHABBAH:. -yang hanya tinggal kenangan...

dalam menempuh hidup baru pada sem baru di institut ana nie.. ana dikejutkan dengan satu perkara - bila kita diangkat menjadi pemimipin...


kepimpinan dan kepemimpinan                                 Kepimpinan itu merujuk kepada posisi dalam organisasi. Kepemimpinan itu adalah proses pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun sebaliknya.. Pemimpin yang memimpin dengan pengaruh dan personaliti yang menarik dapat memintas jauh kredibiliti pemimpin yang memimpin dengan menggunakan kelebihan jawatan yang dimilikinya. Pemimpin yang hebat bukan sekadar mampu menghasilkan idea yang luar biasa. Pemimpin yang hebat mampu mengutarakan dan memindahkan kerangka idea ke bentuk komunikasi yang jelas kepada orang di bawahnya. Pemimpin hari ini jangan meremehkan kemahiran berpidato kerana ia persoalan yang penting khususnya dalam melebarkan pengaruh secara lembut iaitu dengan menjinakkan hati dan menawan perasaan. Bagi mempunyai keupayaan berpidato dan pengucapan awam yang berkesan pemidato memerlukan idea dan persediaan dalam pemikiran. Dan ingatlah, berpidato ini merupakan sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW. Sunnah pidato berpengaruh juga terserlah pada Jaafar Bin Abi Talib, Rubaie Bin Amir dan Tariq Bin Ziyad. Tidak ketinggalan penakluk Konstantinople, Muhammad Bin Murad atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.                                                                                           ~Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Muhammad Syaari Abdul Rahman.~ 
Jangan takut, jangan gentar. Berjuang atas nama Islam kerana Allah SWT. Kesukaran dalam perjuangan adalah lumrah. Jika takut menanggung kesukaran berjihad, apa gunanya pedang Islam di tangan?

~kredit tu Najwa Arifah ( new YB).. for this notes...

syukran kepada semua..harap semua dapat membantu ana sepanjang gerak kerja...

nak letak poster taw.. letak je la.. for the information to all my friends..

 ~ kredit to fawae cause buat this poster...


kuatkan aku Ya Allah dalam menempuh segala mehnah ini ya Allah.. sekiranya aku diangkat oleh manusia, aku mengharapkan aku lebih dekat denganMu yang Allah.. jangan kau tinggalkan ku ya Allah dengan nikmat yang kau berikan...biar aku tidak dipandang manusia.... tpi Engkau menerima segala amalanku Ya Allah.. amalan yang sedikit ini  YA Allah.. tiada lain yang ku pinta..

Apa yang kulakukan bukan kerana nama tapi ingin berusaha meneruskan jalan perjuangan Rasulullah...

-harap dapat jadi pemimpin yang dekat dengan Allah.. lagi diangkat manusia, lagi rendah bila berhadapan menghadapnya...


akhir dariku...

Monday, January 10, 2011

Kehidupan ini...

dalam dok nak cari something picture untuk di post tsk sangka jumpa picture nie..
 rasa kena betul dengan jiwa dan perasaan sekarang... jatuh bangun kita semua kerana Allah.. kita sebagai hambanya perlu redho akan ketentuan dan jadikan semua nie sebagai satu jalan atau marhalah untuk kita lebih dekatkan diri kita dengan Allah..

Dalam kehidupan ini Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita hanya kita yang perlu jadikan semua itu seiring dengan apa yang Allah suruhkan dan x lari dari Al-Qur'an dan As-Sunnah..


surah Al-Baqarah, ayat 216



Allah dah bagi flow.. kita ja perlu pilih apa yang kita nak.. kalau kita pilih baik, insyaAllah baik lah jadinya begitu juga sebaliknya... Kepada Allah jua kita kembali... moga segala perbuatan, percakapan kita sentiasa dalam rahmat dan keredhoan Allah... 

Surah Ar-Rad, ayat 11



MOga setiap perbuatan, kebaikan yang kita lakukan kerana Allah S.W.T..  mog dengan bertambah Amalan kita, lebih mendekatkan diri dengan Allah dan menenangkan hati kita ini....

Surah Ar-Rad, ayat 28




~moga yang terbaik untuk kehidupan kita...
~semakin hari semakin beratat untuk berbakti kepada blog ini.. tpi ana akn cuba dengan sebaik mungkin....


FaDie
Dengan mengingati Allah, hati kan menjadi Tenang

Monday, January 3, 2011

Sunnah Orang BERJUANG

Meniti hari dalam medan dakwah di Institusi Pengajian ana sekarang begitu mencabar hati dan sanuberi.. setelah bercuti dan melakukan aktiviti untuk mentarbiah diri sepanjang percutian yg singkat ini banyak mengalaman yang ana perolehi dan ana simpan untuk jadikan bekalan dalam kehidupan..

Dalam berjuang bukan pada SEMANGAT tapi perjuangan perlukan keFAHAMan kerana SEMANGAT akan hilang dan sekiranya kita berjuang kerana FAHAM tiada istilah putus asa dan noktah dalam kehidupan seorang pejuang...

banyak perkara yang perlu ana fahamkan diri ana untuk membentuk diri seorang berjuang.



SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



Lagu ini sering terngiang-ngiang ditelinga ana ketika ana jumpa sahabat-sahabat sekuliah ana dan seusrah ana... terasa rindu dengan proses untuk mentarbiah diri.. mungkin ana telah lama meninggalkan diri ini tanpa sebarang proses pentarbiahan dari dalaman.. asyik mentarbiah orang diri sendiri jangan dilupakan..


sekiranya kita bersedia untuk mentarbiah, kita juga perlu bersedia untuk ditarbiah atau menerima pentarbiahan

FaDie
Muhasabah Hati