Thursday, June 28, 2012

Ana ada enti, enti ada ana

Setiap orang berbeza antara satu sama lain. Tidak mungkin dapat menyamakan setiap individu dengan individu yang lain namun kita hidup perlu saling lengkap melengkapi. setiap orang mempunyai kelemahan, namun kelemahan itu ditampung oleh kelebihan dan kekuatan orang lain yang berada disisi. Setiap individu jangan dirasa hebat andai Allah mengurniakan sedikit kelebihan dari yang lain, dan yang banyak kekurangan jangan rasa rendah diri kerana kelebihan dan kekurangan kita adalah pelengkap antara satu sama lain. Moga dengan adanya kelebihan dan kekurangan dalam setiap individu menjadikan kita lebih kuat dan erat pergantungan kita dengan Allah s.w.t.



Kita umpama pecahan -pecahan pazzle yang pelbagai bentuk. Ada yang cantik, ada yang besar, ada yang kecil. Sekiranya dilihat secara individu kita akan nampak satu pecahan yang tidak cantik namun apabila pecahan-pecahan pazzle itu disusun dengan baik, teratur dan kemas dapat membentuk satu hasil yang indah dan cantik.

Kadang-kadang kita perlu lihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih luas agar kita dapat bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Namun setiap manusia hanya melihat dari satu sudut sahaja. Hanya melihat dari sudut diri kita sahaja. Tidak ada masalah andai ingin melihat diri, bermuhasabah dan ingin berubah kearah yang lebih baik namun jangan jadikan setiap perkara yang Allah ciptakan sia-sia. Kita umpama satu binaan yang kukuh dan saling menampung antara satu sama lain.



Saya sering melihat sesetengah orang membandingkan individu dengan individu yang lain.

"sepatutnya dia tu yang kena buat benda nie. Dia lebih pandai menulis. Hasilnya lebih bermutu berbanding dengan **** hanya pandai menulis dalam satu bab ja. Asyik-asyik berkongsi pasal tarbiyah. Cuba kongsi yang lain pulak"

"Hanis yang sepatutnya dapat jawatan tu. Dia lebih pandai cakap, idea pun mantap. Dia pun dah banyak pengalaman dalam persatuan ini. Nie tidak, Balkis jugak yang dapat. Dia dah la buat kerja slow. Tension aku..."

Banyak lagi yang kita katakan dah luahkan. Saya bukan ingin menutup satu kritikan membina kepada yang individu lain atau kepada diri saya sendiri namun saya ingin membuka satu perkara lain yang saya rasakan lebih baik.

"**** tidak pandai menulis. Apa kata minta dia bantu **** untuk mencurahkan idea. Moga gabungan dua individu yang hebat ini dapat menjadikan banyak penulisan dan hasil yang lebih bermutu"

"Balkis masih orang baru dan banyak perkara yang perlu belajar. Kalau ada kekurangan biasa la namun kita sama-sama membantu dirinya dalam gerak kerja nie. Jangan biarkan dia buat kerja sorang-sorang kita kena saling bantu. Balkiskan lebih mudah untuk bertolak ansur tidak kira dengan siapapun. Jadi dia mudah belajar. Tambah pulak dia penah menjadi pendebat di sekolah dulu. InsyaAllah tidak ada masalah"


Alangkah bagusnya andai ada sifat seperti diatas ini. InsyaAllah tidak ada masalah dalam gerak kerja. Masing-masing rasa kebergantungan antara satu sama lain dalam setiap hal dan tindakan. Allah tidak pernah menciptakan setiap sesuatu dengan sia-sia.

Moga kita belajar dari semut yang kecil namun saling bekerjasama untuk membantu mendapatkan makanan kepada sang Ratu. Kita??? Sepatutnya lebih lagi, bukan sahaja bekerjasama untuk mendapatkan makanan dan nikmat dunia malah perlu bekerjasama untuk membawa kita menuju ke jalan Allah s.w.t.

ANA ADA ENTI, ENTI ADA ANA.



FaDie
29/6/2012