Showing posts with label Muhasabah Hati. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Hati. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Salam Perjuangan untuk diriku..

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... moga dalam keadaan sihat sejahtera..
Mengikut perkembangan yang berlaku di luar negara.. Mesir terutamanya.. keadaan amat getiur.. nampaknya suara rakyat tidak boleh dipandang enteng lagi..

Ana tak tahu nak cakap macam mana mengenai suasana disana.. dalam penilaian ana yg sedikit ini.. berbagai perasaan yg bergaul sekali.. tapi tiada lain yang ana pinta.. moga abang ana disana dlm keadaan baik dan selamat.. berita darinya belum apa pun diterima.. begitu juga untuk sahabat seperjuangan ana yg berada disana.. tidak dilupa juga kepada semua ahli keluarga yg membaca post ini ataupun tidak.. diharapkan dalam keadaan selamat hendaknya.. begitu sukar untuk kita lafazkan mengenai suasana disana.. begitu genting.. tiada lain yang diharapakan hanya keselamatan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja..

Mengenai tajuk ana pada kali ini.. ana nak tari diri ana agar kembali bersemangat untuk berjuang..

sudah lama sebenarnya ana membiarkan diri ana gersang tanpa sebarang kata-kata semangat untuk berjuang.. kata-kata jihat udah tidak kedengaran ditelinga.. hanya sayup2 suara-suara semangat yang kadang-kadang hadir tapi leyap begitu sahaja.. maybe kahadiran ana dalam usrah belum sepenuhnya sehinggakan perasaan ana masih lagi ditimpa putus asa dan lemah..

Farah.. bangunlah kamu.. buka matamu.. pasang telingamu.. jangan didamba pergantungan lain melainkan pergantungan Allah.. masih ingatkah kamu perjuangan Rasulullah.. perjuangan para Sahabat..  perjuangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.. perjuangan As-Syahid Sheikh Qutb.. dan sebagainya.. - perjuang kontemporari..

Sudah lama diri ini diselubungi aktiviti-aktiviti yang tidak membakar jiwa perjuangan.. mmg selalu menyampaikan kepada yang lain tapi untuk memberi ruang ke dalam diri ini untuk membentuk semangat perjuangan tidak sama.. gerun rasa hati dan diri ini bila melihat perubahan yang berlaku..


Sering hati ini cuba menanam kefahaman dalam diri agar diri ini terus berjuang.. tidak mahu hanya sekadar semangat..kerana diri ni tahu..semangat itu akan pudar.. apabila berjuang diiringi dengan kefahaman.. insyaAllah.. jalan yang akan diambil akan sentiasa diatan kebenaran..


Jangan mudah mengalah.. ingat kata yang sering dilafazkan

dimana bumi dipijak disitu ISLAM DIJUNJUNG
 Dulu dalam diri ini banyak perkara yang berlaku dalam proses untuk mematangkan diri ini.. alhamdulillah.. ana berjaya mengharunginya.. adakah ujian yang ana alami sekarang turut mematangkan ana.. harap begitu la...

Moga diri ini terus dalam istiqamah dalam perjuangan.. kepada sahabat-sahabat.. doakan ana.. jangan biarkan ana dalam sendirian...

~kalau ada apa-apa ransangan yang ingin berikan kepada ana.. boleh ja hantar ke emel atau facebook.. ana sentiasa dahagakannya... moga dapat membantu diri yang kerdil ini..
 FaDie

Wednesday, January 26, 2011

Beristighfarlah...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya:  " Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Iblis berkata kepada Tuhannya : 'Demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana Roh masih berada di dalam jasad mereka.' Allah menjawab : Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku"

Seperti yang kita sedia maklum.. syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan kita.. akan kita hanya perlu menunggu kedatangan Ramdhan baru kita nak lepaskan ikatan kita dengan syaitan.. semestinya Tidak... kita seharusnya sedaya upaya untuk melepaskan diri kita dari hasutan dan godaan syaitan.. lagi kuat ikatan kita dengan Allah.. sebenarnya lagi kuat cobaan untuk diri kita dari syaitan.. semestinya.. kalau contoh.. nak jumpa Sultan.. atau Perdana Menteri.. kita seharusnya menjadi orang hebat atau terkenal.. baru kita dapat jumpa dengan sultan atau PM.. begitu juga dengan syaitan.. lagi kita hebat dengan Allah.. lagi berpengaruh syaitan tersebut.. bukan mudah untuk senang..  jadi sama-samalah kita membina kekuatan diri kita untuk menentang syaitan.. yang paling simple dan paling kuat godaan yang diterima adalah apabila kita ingin menentang hawa nafsu...


Begitu sukar.. begitu perit..



Kita yang menentukan siapa yang menang.. kuatkan iman kita.. ingat Allah.. perbanyakkan Istiqfar... andai masih banyak dosa-dosa yang rasakan kita buat.. lagi perlulah banyak kita beristiqfar,, yang penting jangan mudah menyerah kalah dalam ingin bermujahadah...

kalau kita menyerah kalah sebelum berjuang.. itu bukan nama pengorbanan... biarlah kita berusaha dahulu.. hasilnya.. biar Allah sahaja yang menentukannya...

biar perit... biar sukar.. namun kita bahagia atas nama ketakwaan kepada Allah yang Satu...



FaDie
Muhasabah Hati

Monday, January 3, 2011

Sunnah Orang BERJUANG

Meniti hari dalam medan dakwah di Institusi Pengajian ana sekarang begitu mencabar hati dan sanuberi.. setelah bercuti dan melakukan aktiviti untuk mentarbiah diri sepanjang percutian yg singkat ini banyak mengalaman yang ana perolehi dan ana simpan untuk jadikan bekalan dalam kehidupan..

Dalam berjuang bukan pada SEMANGAT tapi perjuangan perlukan keFAHAMan kerana SEMANGAT akan hilang dan sekiranya kita berjuang kerana FAHAM tiada istilah putus asa dan noktah dalam kehidupan seorang pejuang...

banyak perkara yang perlu ana fahamkan diri ana untuk membentuk diri seorang berjuang.



SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



Lagu ini sering terngiang-ngiang ditelinga ana ketika ana jumpa sahabat-sahabat sekuliah ana dan seusrah ana... terasa rindu dengan proses untuk mentarbiah diri.. mungkin ana telah lama meninggalkan diri ini tanpa sebarang proses pentarbiahan dari dalaman.. asyik mentarbiah orang diri sendiri jangan dilupakan..


sekiranya kita bersedia untuk mentarbiah, kita juga perlu bersedia untuk ditarbiah atau menerima pentarbiahan

FaDie
Muhasabah Hati