Showing posts with label Tulisan Hati. Show all posts
Showing posts with label Tulisan Hati. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Bangunlah dari Tidur!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. maaf andai ana sudah lama tidak melaksanakan amanah ana yang satu ini..


ini satu method dakwah ana yang ana pilih, namun masih tidak selesai sekiranya ana tidak manfaatkan dengan sebaiknya.. subhanallah.. betapa lemahnya diri ini...

sudah lama ana membiarkan diri ana lalai dengan tugasan yang sememangnya tidak pernah berhenti.. ana perlu bangun dan jangan biarkan perkara ini berturusan.. walaupun tugasan yang diberikan bukan selayaknya untuk ana, namun ana akan cuba melayakkan diri dan berusaha sebaik mungkin walaupun diri ini lemah..

Semakin hari semakin amanah tidak akan lari dari kita.. setiap hari akan bertambah sama ada kita nak atau pun tidak.. ana perlu persiapkan diri... tahu diri lemah, kerdil, hanya manusia biasa.. namun ianya lebih besar kerana amanah ini adalah amanah dari Allah... bukan ana yang nak tapi ianya Allah yang berikan. semoga amanah ini dapat memahamkan diri ana dan menjadikan diri anaistiqamah dalam jalan ini.. moga jalan ini penyambung jalan perjuangan Rasulullah..

diri ini tau.. ana bukan seperti orang lain, hebat berkata-kata, lancar dalam menindahkan bahasa dalam penulisan, kreatif dalam lukisan dan photo.. ana tak punya apa-apa yang ana ada hanya lah dari anugerah dari Allah yang menjadikan ana boleh berfikir yang baik dan yang buruk.. dengan pemikiran ini lah yang membantu ana meletakkan diri ana pada jalanNya (moga-moga ana berada pada jalan Allah dan RasulNya)..


Ana perlu sedar.. masih ramai yang menanti sentuhan ana.. masih ramai yang mengharapkan  khudrat ana, masih ramai yang inginkan tulisan ana, masih ramai yang inginkan nasihat ana.. walaupun tidak seberapa namun moga membantu kita sama-sama ke jalan Allah...


Walaupun begitu ana tetap manusia biasa.. ada salah dan silap. tetap ada perasaan, tetap ada ego.. ana tahu ana khilaf.. ana banyak menyakitkan hati orang.. banyak mementingkan diri sendiri.. maaf ana tahu ana salah.. bantulah ana dalam memperbaiki diri ana.. ana khilaf...


Maafkan diri ini sahabat...
"Gapailah tanganku.. pautkanlah bahuku.... jangan tinggalkan daku.. i need you... support me to be strong."

Sunday, May 15, 2011

AKU HANYA INSAN BIASA...

...............................
..................... (^_^)..............

...............  :)
...........................    .....   :(....

........................................
~$%^.. @(^&....

~AKU HANYA INSAN BIASA~

Saturday, January 29, 2011

Mengubah dan perubahan

Assalamualaikum...
Moga semua boleh menerima perubahan yg ana lakukan dalam blog ini.. perubahan ini bukan hanya dipaparan skrin anda semata-mata.. tpi ana mengharapkan perubahan ini turut berlaku pada diri ana dan anda sendiri.. BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..



Ana tahu.. begitu perit untuk berubah.. semasa ana berada di Kem Bina Sahsiah ana sering berpesan kepada adik kumpulan ana untuk berikan ruang untuk diri mereka berubah.. apa yang ana katakan kepada mereka adalah untuk memberi ruang kepada ana untuk turut berubah juga.. biar perubahan yang kita lakukan datang dari dalam diri...


sekiranya perubahan yang sering kita harapkan tak tercapai... ana merasakan kita tak sediakan hati kita untuk berubah sebenarnya.. kita beri ruang untuk hati kita menerima perubahan yang kita lakukan.. jadi... apa yang harus kita lakukan????


kita refleksi diri kita semula.. dan kita beristiqfar dan cuba berikan ruang dalam hati kita.. dalam diri kita untuk berubah...




banyak kesalahan kita yg tanpa disedari.. sesiapa yg sedar akan kesilapan yg dilakukan.. Alhamdulliah.. teruskan usaha anda.. sesiapa yg masih tidak sedar.. berdoalah kepada Allah agar membukakan hati kita ini untuk menginsafi kekhilafan diri...




SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT HASIL PERUBAHAN KITA... TETAPI ALLAH MELIHAT USAHA KITA UNTUK BERUBAH...


~kengkawan yang sedang bercuti.. gunakan cuti nie dgn sebaiknya... 
~kepulangan ke kampung.. untuk beri ruang kepada diri bermuhasabah seketika diri ini yg sering melakukan kesilapan.. moga diberi kekuatan untuk berubah.. 






FaDie 
Tulisan Hati

Tuesday, January 25, 2011

Monday, January 24, 2011

Layakkah aku?????

Bismillahirrahmanirrahim ~  

Rasa dah lama tidak mengupdate blog ini.. mood langsung tidak hadir semenjak blog ini bertukar wajah dah dimensi baru dibandingkan dengan blog .:BUSTANULMAHABBAH:. -yang hanya tinggal kenangan...

dalam menempuh hidup baru pada sem baru di institut ana nie.. ana dikejutkan dengan satu perkara - bila kita diangkat menjadi pemimipin...


kepimpinan dan kepemimpinan                                 Kepimpinan itu merujuk kepada posisi dalam organisasi. Kepemimpinan itu adalah proses pembelajaran menjadi manusia berpengaruh sama ada memegang jawatan ataupun sebaliknya.. Pemimpin yang memimpin dengan pengaruh dan personaliti yang menarik dapat memintas jauh kredibiliti pemimpin yang memimpin dengan menggunakan kelebihan jawatan yang dimilikinya. Pemimpin yang hebat bukan sekadar mampu menghasilkan idea yang luar biasa. Pemimpin yang hebat mampu mengutarakan dan memindahkan kerangka idea ke bentuk komunikasi yang jelas kepada orang di bawahnya. Pemimpin hari ini jangan meremehkan kemahiran berpidato kerana ia persoalan yang penting khususnya dalam melebarkan pengaruh secara lembut iaitu dengan menjinakkan hati dan menawan perasaan. Bagi mempunyai keupayaan berpidato dan pengucapan awam yang berkesan pemidato memerlukan idea dan persediaan dalam pemikiran. Dan ingatlah, berpidato ini merupakan sunnah yang diajarkan oleh Nabi SAW. Sunnah pidato berpengaruh juga terserlah pada Jaafar Bin Abi Talib, Rubaie Bin Amir dan Tariq Bin Ziyad. Tidak ketinggalan penakluk Konstantinople, Muhammad Bin Murad atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.                                                                                           ~Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Muhammad Syaari Abdul Rahman.~ 
Jangan takut, jangan gentar. Berjuang atas nama Islam kerana Allah SWT. Kesukaran dalam perjuangan adalah lumrah. Jika takut menanggung kesukaran berjihad, apa gunanya pedang Islam di tangan?

~kredit tu Najwa Arifah ( new YB).. for this notes...

syukran kepada semua..harap semua dapat membantu ana sepanjang gerak kerja...

nak letak poster taw.. letak je la.. for the information to all my friends..

 ~ kredit to fawae cause buat this poster...


kuatkan aku Ya Allah dalam menempuh segala mehnah ini ya Allah.. sekiranya aku diangkat oleh manusia, aku mengharapkan aku lebih dekat denganMu yang Allah.. jangan kau tinggalkan ku ya Allah dengan nikmat yang kau berikan...biar aku tidak dipandang manusia.... tpi Engkau menerima segala amalanku Ya Allah.. amalan yang sedikit ini  YA Allah.. tiada lain yang ku pinta..

Apa yang kulakukan bukan kerana nama tapi ingin berusaha meneruskan jalan perjuangan Rasulullah...

-harap dapat jadi pemimpin yang dekat dengan Allah.. lagi diangkat manusia, lagi rendah bila berhadapan menghadapnya...


akhir dariku...

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Mintak maaf la yer.. x dapat nak mengupdate blog sekerap mcm dulu.. entah la.. mood untuk mengupdate sentiasa membuak tapi tidak ada idea yang boleh dikongsikan.. salah ana juga sebab x cuba mencari.. rasa bersalah pun ada.. sebab blog ini juga salah satu amanah yang perlu ana selesaikan tanpa ana sedari.. memang blog ini atas diri ana sendiri tapi ini juga amanah untuk diri ana untuk mengupdate blog ini agar sentiasa hidup untuk ingat-memperingati...

Harap cuti sekolah jer panjang.. ana ingatkan ana akan gunakan dengan sebaik mungkin untuk memberi ruang untuk ana mengupdate blog ini tapi lain pulak jadinya.. blog ini yang menunggu masa untuk ana ubah dia punya wajah.. mintak maaf yer kepada semua pembaca blog ana nie.. Maaf sangat-sangat T_________T

Sebelum ini ana merasakan blog ini sebagai wadah ana untuk ana sampaikan idea atau sebarang maklumat untuk dikongsi.. tetapi.. bila direnung semula.. dianalisa diterokai dalam-dalam.. rupa-rupanya blog ini lebih dari ana rasakan.. blog ini merupakan satu amanah untuk diri ana agar ana rakamkan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada orang lain.. memang ana boleh tidak mengupdate blog ini selagi ana tak ada idea yang boleh dikongsi tetapi bila kita jadikan blog ini sebagai satu amanah yang cukup besar agar kita menjaganya.. kita akan cuba sediakan masa kita dengan sebaiknya untuk kita luangkan masa untuk mengupdate blog ini..

- wah.. baru sedar yer akan amanah yang berat ini.. bukan senang taw.. ini jalan yang kau pilih.. jadi berikan yang terbaik..

- jadikan ia sebagai satu perkongsian minda untuk diperoleh manfaatnya...


...............................................................................................................................................


Cuti sekolah sudah bermula.. sudah seminggu percutian yang panjang ini bermula.. apa yang adik-adik lakukan untuk memenuhi ruang masa yang lapang ini??

Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya.. jangan membuang masa.. manfaatkan cuti dengan sebaiknya.. jadikan masa yang kita ada ini untuk kita manfaatkan sepenuhnya.. jangan jadikan masa anda berlalu begitu sahaja.. sedih taw.. masa yang kita ada ini bila kita manfaatkan dengan sebaiknya.. mmg begitu bermakna.. yang penting kta tak akan rasa menyesal..

yang ambik exam next year macam mana??? haa... cuba berikan yang terbaik yer..  gunakan masa yang ada ini untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas.. mmg mudah untuk mengungkapkan kata-kata.. tapi bila malas memeluk tubuh apakah daya diri ini melepaskannya.. bukan untuk memaksa adik-adik untuk membaca tapi jangan la adik manfaatkan 1 bulan setengah ini tanpa adik lakukan benda yang bermanfaat.. sedih taw...

Kepada BAKAL GURU - DEDIKASI TERUS KEPADA SAHABAT YANG MENGENALI

                              Cuti ni gunalah dengan sebaiknya.. mungkin masa yang diberikan ini untuk kita menfaatkan masa dengan sebaiknya untuk mendalami ilmu untuk dipenuhi agar menjadi seorang guru yang akan meMANUSIAKAN MANUSIA.. berat amanah dibahu kita.. jadi cubalah kita berikan yang terbaik.. bila ana balik kampung kali ini - bila melihat suasana masyarakat - ana rasakan berat bahu ana, berat perasaan ana untuk mengubah pemikiran masyarakat untuk mengenal agama Islam. bukan sahaja untuk kenal untuk kita tunjuk kita ini Islam pun ana rasakan payah macam mana kita nak ubah orang lain.. moga kita diberi kekuatan...



Tulisan Hati 
FaDie

Thursday, October 21, 2010

Ratapan Sanubari

Assalamualaikum...


Tiada yang lebih besar kesyukuran yang mampu diberikan diatas segala nikmat yang Allah berikan dalam meniti kehidupan yang fana ini. Segala perkara yang dilakukan tanpa kita sedari memberi kesan dalam kehidupan. Biarpun ianya kadang-kadang hanya disangka-sangkakan..


Setiap masa, setiap detik saat yang berlalu bakal dihisab dengan penghisaban yang Maha Adil di Mizan Allah. Tiada apa yang mampu disembunyikan.. Kehidupan kita yang dilalui sekarang tidak ada nilainya di sisi Allah seperti Sabda Rasulullah

Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia”; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia”.-  riwayat Ibnu Abi  Dunya dan Baihakhi-
Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”. - riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim- Tarmizi mengatakan hadis ini adalah Hassan Sohih.
Baginda juga bersabda: “Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah”. - riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah-
Baginda juga bersabda: “Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. - riwayat Muslim-

rujukan - Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Fathi Yakan

Namun begitu harus diingat Allah mengangkat darjat seseorang dengan keimanan bukan harta benda.. Allah jadikan kita bukan tanpa sebab...

Apabila Allah menyuruh kita untuk menjadi khaliafah dan tidak lupa juga ketika Allah menyuruh kita untuk beribadat kepadaNya..
kita perlu yakin dan beriman bahawa matlamat hidup manusia ini dalam kehidupan dunia ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.


Tiada yang dipinta melainkan keredhoan Allah yang tiada bandingan.Setiap hati perlu dimuhasabahkan untuk mencari kasih yang Abadi agar apa yang ingin digapai akan digapai. InsyaAllah. 

Hati ini sering berbisik pada diri yang imannya kadang-kadang naik dan kadang turun. Perasaan takut terus menghimpit dada. Takut Allah tinggalkan diri ini keseorangan dan takut Allah membalikkan hati ini. Takut sangat. Moga diri ini akan terus istiqamah dalam meraih cintaNya, kasihNya dan redhoNya.

Bila direnugkan dalam-dalam diri ini, terasa kerdil yang teramat sangat. Moga diri ini akan terus bermujahadah, bermuhasabah dalam meniti kehidupan yang hanya dijadikan istirehat yang sementara dalam menunggu kehidupan yang Abadi di akhirat nanti.

FaDie
Tulisan Hati

#BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM