Saturday, May 5, 2012

Bangunlah dari Tidur!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. maaf andai ana sudah lama tidak melaksanakan amanah ana yang satu ini..


ini satu method dakwah ana yang ana pilih, namun masih tidak selesai sekiranya ana tidak manfaatkan dengan sebaiknya.. subhanallah.. betapa lemahnya diri ini...

sudah lama ana membiarkan diri ana lalai dengan tugasan yang sememangnya tidak pernah berhenti.. ana perlu bangun dan jangan biarkan perkara ini berturusan.. walaupun tugasan yang diberikan bukan selayaknya untuk ana, namun ana akan cuba melayakkan diri dan berusaha sebaik mungkin walaupun diri ini lemah..

Semakin hari semakin amanah tidak akan lari dari kita.. setiap hari akan bertambah sama ada kita nak atau pun tidak.. ana perlu persiapkan diri... tahu diri lemah, kerdil, hanya manusia biasa.. namun ianya lebih besar kerana amanah ini adalah amanah dari Allah... bukan ana yang nak tapi ianya Allah yang berikan. semoga amanah ini dapat memahamkan diri ana dan menjadikan diri anaistiqamah dalam jalan ini.. moga jalan ini penyambung jalan perjuangan Rasulullah..

diri ini tau.. ana bukan seperti orang lain, hebat berkata-kata, lancar dalam menindahkan bahasa dalam penulisan, kreatif dalam lukisan dan photo.. ana tak punya apa-apa yang ana ada hanya lah dari anugerah dari Allah yang menjadikan ana boleh berfikir yang baik dan yang buruk.. dengan pemikiran ini lah yang membantu ana meletakkan diri ana pada jalanNya (moga-moga ana berada pada jalan Allah dan RasulNya)..


Ana perlu sedar.. masih ramai yang menanti sentuhan ana.. masih ramai yang mengharapkan  khudrat ana, masih ramai yang inginkan tulisan ana, masih ramai yang inginkan nasihat ana.. walaupun tidak seberapa namun moga membantu kita sama-sama ke jalan Allah...


Walaupun begitu ana tetap manusia biasa.. ada salah dan silap. tetap ada perasaan, tetap ada ego.. ana tahu ana khilaf.. ana banyak menyakitkan hati orang.. banyak mementingkan diri sendiri.. maaf ana tahu ana salah.. bantulah ana dalam memperbaiki diri ana.. ana khilaf...


Maafkan diri ini sahabat...
"Gapailah tanganku.. pautkanlah bahuku.... jangan tinggalkan daku.. i need you... support me to be strong."

No comments: