Saturday, January 29, 2011

Mengubah dan perubahan

Assalamualaikum...
Moga semua boleh menerima perubahan yg ana lakukan dalam blog ini.. perubahan ini bukan hanya dipaparan skrin anda semata-mata.. tpi ana mengharapkan perubahan ini turut berlaku pada diri ana dan anda sendiri.. BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..



Ana tahu.. begitu perit untuk berubah.. semasa ana berada di Kem Bina Sahsiah ana sering berpesan kepada adik kumpulan ana untuk berikan ruang untuk diri mereka berubah.. apa yang ana katakan kepada mereka adalah untuk memberi ruang kepada ana untuk turut berubah juga.. biar perubahan yang kita lakukan datang dari dalam diri...


sekiranya perubahan yang sering kita harapkan tak tercapai... ana merasakan kita tak sediakan hati kita untuk berubah sebenarnya.. kita beri ruang untuk hati kita menerima perubahan yang kita lakukan.. jadi... apa yang harus kita lakukan????


kita refleksi diri kita semula.. dan kita beristiqfar dan cuba berikan ruang dalam hati kita.. dalam diri kita untuk berubah...




banyak kesalahan kita yg tanpa disedari.. sesiapa yg sedar akan kesilapan yg dilakukan.. Alhamdulliah.. teruskan usaha anda.. sesiapa yg masih tidak sedar.. berdoalah kepada Allah agar membukakan hati kita ini untuk menginsafi kekhilafan diri...




SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT HASIL PERUBAHAN KITA... TETAPI ALLAH MELIHAT USAHA KITA UNTUK BERUBAH...


~kengkawan yang sedang bercuti.. gunakan cuti nie dgn sebaiknya... 
~kepulangan ke kampung.. untuk beri ruang kepada diri bermuhasabah seketika diri ini yg sering melakukan kesilapan.. moga diberi kekuatan untuk berubah.. 






FaDie 
Tulisan Hati

2 comments:

SheqienRoslan said...

perubahan itu sangat pahit dek kerana kesusahan dan kepayahan tapi hasilnya manis yang x dapat digambarkan...bertuah mereka y diberi petunjuk oleh Allah..

FaDie said...

shikin - syukran.. betul tu.. mmg payah.. tpi kalau berhasil.. alangkah indahnya...