Monday, January 3, 2011

Sunnah Orang BERJUANG

Meniti hari dalam medan dakwah di Institusi Pengajian ana sekarang begitu mencabar hati dan sanuberi.. setelah bercuti dan melakukan aktiviti untuk mentarbiah diri sepanjang percutian yg singkat ini banyak mengalaman yang ana perolehi dan ana simpan untuk jadikan bekalan dalam kehidupan..

Dalam berjuang bukan pada SEMANGAT tapi perjuangan perlukan keFAHAMan kerana SEMANGAT akan hilang dan sekiranya kita berjuang kerana FAHAM tiada istilah putus asa dan noktah dalam kehidupan seorang pejuang...

banyak perkara yang perlu ana fahamkan diri ana untuk membentuk diri seorang berjuang.



SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



Lagu ini sering terngiang-ngiang ditelinga ana ketika ana jumpa sahabat-sahabat sekuliah ana dan seusrah ana... terasa rindu dengan proses untuk mentarbiah diri.. mungkin ana telah lama meninggalkan diri ini tanpa sebarang proses pentarbiahan dari dalaman.. asyik mentarbiah orang diri sendiri jangan dilupakan..


sekiranya kita bersedia untuk mentarbiah, kita juga perlu bersedia untuk ditarbiah atau menerima pentarbiahan

FaDie
Muhasabah Hati

No comments: