Tuesday, February 28, 2012

Fikrah Wahidah???

Assalamualaikum...


wah2.. sapa fikrah wahidah nie dalam hidup ana??? hehehe




x dak apa pun.. sekadar mencoret pengalaman bersama dengan sahabat Pai 2 Sem 3 di IPG KDRI nie.. Ya Allah.. hubungan ini dikait (ayat jahit guna benang, kait boleh guna benag besar,.. hehehe) atas rasa kecintaan kepadaMU... 


macam2 feel dalam kelas ana nie. namun ana bersyukur sangat2.. dalam perbezaan ada pemahaman... masing2 ada cara tersendiri dalam mengekspresikan identiti masing... 




ingin ku imbau kenangan bersama....


Waktu main lawnball.. saja2 ja..


English week baru2 nie.. tahniah sebb menang...



banyak kenangan bersama namun ini ja yang mampu di post... moga ukhuwah di bina hanya kerana Allah






------------------------------------------------------------------------------------------------------






FIKRAH WAHIDAH = satu pemikiran..




dalam gerak kerja mampukan kita meletakkan pemikiran kita yang sama...


permikiran yang satu amat penting dalam memastikan kesatuan amal dan lebih tepat lagi ahsanul amala.. sebaik-baik amalan.


kesatuan pemikiran ini bukan bermakna tiada perkembangan dalam mengeluarkan idea namun adalah lebih berfokus kepada kesatuan matlamat kita.. apa bila kita mempunyai matlamat yang sama kita inginkan hasil yang sama mengikut matlamat kita tu...




bila kita meletakkan matlamat yang sama kita akan merasakan apa yang kita ingin lakukan hanya kerana matlamat itu dan sekali gus kita akan berlapang dada dalam menerima pendapat orang lain. kita akan berfikir secara rasional andai kita meletakkan matlamat yang utama bukan emosi atau fikiran...


tapi.. LAPANG DADA.. amat sukarr sekali.. masing2 ingin mementingkan idea masing2.. semangat individu terlalu tinggi.. perkara inilah yang menjadi parasit dalam gerak kerja.. semangat kekitaan terlalu menebal. merasakan diri semua betul.. hebat.... (moga diri kita terhindar dari racun ini)


Biar lain rupa.. namun satu matlamat.. satu pemikiran..


setiap orang ada pemikiran tersendiri... mengikut teori pemikiran.. individu tersebut akan berfikir mengikut bagaimana dia dibesarkan dan pengalaman yang ada.. jadi mustahil la ada individu mempunyai pemikiran yang sama hatta individu tu kembar siam... sebab setiap orang ada pengalaman dan pemikiran masing2..


mcm mana terhasilnya FIKRAH WAHIDAH tu????  walaupun berbeza pendapat tetapi matlamat yang sama.. jadi hasilnya insyaAllah yang terbaik.. perbezaan pendapt tu sunnan kawniyah.. jadi bukan masalah besar.. tpi cara kita menghandle masalah tu yang penting...


begitu jugak kita perlu meletakkan KEFAHAMAN dihadapan dalam melaksanakan gerak kerja supaya perlaksanaan kita bukan hanya sekadar semangat...


# BIAR BEZA PENDAPAT JANGAN BEZA MATLAMAT..


sedih dengan diri sendiri...




~coretan untuk memotivasikan diri sendiri..
~ mood.. tengah diuji dengan apa yang kita FAHAM...
~(T_T)...

Sunday, February 5, 2012

Bersyukur atas NikmatMu

Bersyukur atas nikmaMu

Usrahtunjang Tarbiah.. Nikmat jugak..


Subhanallah… begitu banyak perkara yang berlaku sepanjang ketidak aktifan dalam blog ini…  banyak perkara yang membantutkan diri saya untuk mengpostkan sesuatu.. mintak maaf kepada semua…atas kelemahan diri saya akan kelalaian melaksanakan amanah ini…


Sempena Maulidul Rasul ini ..  saya ucapakan….


SALAM MAULIDULRASUL

 Bagaiamana kita menghidupkan sambutan MaulidulRasu dalam diri kita? Adakah hanya dengan melihat perarakan di kaca television semata-mata?? Marilah kita hidupkan sambutan ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah.. cuba 
tingkatkan selawat.. azam untuk menambahkan selawat.. ayuh.. jangan berlengah…

………………………………………………………………………………………………………………………..

Berkaitan dengan post ini.. amat bersesuaian dengan apa yang berlaku disekeliling ana dan apa yang di lafazkan oleh Ustaz Abu Bakar Chik… pengisian yang amat bermakna..
Bersyukur atas taujihad yang diberikan.. amat terkesan dihati. Dengan ceramah MaulidulRasul dimaktab.. di internet.. banyak membantu.. subhanallah.. (Allah tidak tinggalkan aku bersendirian..)


Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi.. jangan inginkan perkara yang berlebihan yang tak sepatutnya.. hingga akan menyebabkan diri kita yang gelisah dan gundah… dan menyebabkan kita futhur atas jalan ini.. nauzubillah.. perkara ini amat dekat sekali dengan peristiwa yang berlaku dalam isu politik Negara sekarang.. (cuba cakna dengan politik dan masalah Negara.. jangan asyik menelaah pelajaran saja)…

La Tahzan


Bersyukur ada banyak perkara.. bagaimana kita menzahirkan kesyukuran kita?? Dengan nikmat yang diberikan… dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita.. bersyukurlah.. jangan merasakan diri kita perlu atau mesti dapat perkara yang kita tidak perolehi (perkara yang lebih baik dari yang ada sekarang)..

Cuba tengok balik apa yang kita dapat.. listkan semula.. mesti tak larat nak listkan.. cuba pulak listkan apa yang kita tak dapat.. 1.. 2… 3… dah tak tahu nak catit dah… ha.. banyakkan perkara nikmat yang kita dapatkan.. hanya sikit ja yang kita tak dpat.. tapi kenapa kita selalu melihat bilangan yang kecil ini..

Koreksi diri balik.. mari kita sama-sama melafazkan Alhamdulillah.. mensyukuri semua perkara yang kita perolehi dan tidap perolehi.. kerana perkara yang kita tak dapat tu..kadang-kadang adalah terbaik untuk diri kita.. Alhamdulillah.. begitu banyak nikmatMu ya Allah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sempena MaulidulRasul ini.. moga kesyukuran ini dilafazkan dengan nikmat Kelahiran Rasulullah.. subhanallah..

………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Jagalah hati ini ya Allah.. jangan kau lalaikan dengan kesenanga dan kenikmatan dunia yang tiada nilainya… subhanallah… aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah..
                  
~Alhamdulillah.. lega rasa hati ini… lapang dada…. Dengar taujihad sahabat-sahabat..dan para ulama’.. lega rasa.. Ya Allah.. kau masih memberikan nikmat yang melimpah tanpa aku merasainya… aku bersyukur Ya Allah… (^_^)…

LEGA RASA………