Sunday, November 7, 2010

Mujahadah Melawan Nafsu

Assalamualaikum…

Salam kekuatan untuk bernafas dengan oxygen yang Allah berikan kepada kita…


Dalam meniti alam yang mungkin hampir ke penghujungnya… dalam musim kesebukan dengan buku kuliah yang perlu dibelai kerana ana akan memuntahkan semua itu dalam senaskah kertas yang perlu dinilai oleh individu yang tertentu sempat ana meraih buku SOLUSI isu 25 – MUJAHADAH MELAWAN NAFSU..

Ana rasa tajuk ini begitu dekat dengan diri ana dalam meniti hari-hari yang iman di dada tidak menentu musimnya. Kadang-kadang dirasakan iman bermaharajalela dalam diri dan kadang-kadang nafsu pula menaiki takhta tanpa disedari.. rasa diri ini penuh kepalsuan tapi biasa la, setiap hari kita perlu bermujahadah dalam meniti setiap detik dalam kehidupan.. yang penting sekiranya kita telah sedar akan tindakan kita yang tersesasar capatlah kembali ke pangkal jalan…

“ kehendak nafsu walaupun sangan merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah kita akan jadi hamba kepada apa yang kita cintai”
Dalam meniti hidup seorang insan yang kerdil, pelbagai perkara yang membahagiakan perlu kita lepaskan dalam meraih cinta Ilahi. Kita suka tidur, suka bercakap, suka mengumpat, suka tengok cerita yang merapu dan sebagainya. Semua ini membahagiakan kita tetapi perkara inilah perlu kita lawan daripada membiarkan diri kita terus lalai tanpa tujuan..

Yang paling penting, mujahadah melawan nafsu ini perlu dilakukan secara konsisten bukan hanya kerana semangat.. perkara ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.. tiada titik noktah dan kayu ukur untuk melihat perjalanan mujahadah melawan nafsu ini.. Perkara yang kita lakukan hanya untuk meraih keredhoan Allah..

Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan diri kita ini dalam jalanNya namun mentajdid kan niat perlu dilakukan.. kita perlu sentiasa mereflesikan diri kita selalu agar diri kita ini sentiasa dalam inidividu baru seperti air kosong yang diisi dalam gelas dan air tersebut sentiasa ditukar untuk memastikan air tersebut sentiasa bersih dari sebarang benda. Diri kita ini seharusnya jadi seperti air itu.. perlu pastikan diri kita ini sentiasa bersih dari perkara-perkara yang dimurkai Allah..

Sering kita dengar akan kaedah
“ tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib” 
Daripada ini, jika kita tidak mengawal nafsu kita dengan baik, sudah tentu kita akan berdosa.

~bersamalah kita kuatkan diri kita untuk melawan hawa nafsu kita. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, terus berjuang.


FaDie
Zikir Minda

No comments: