Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Mintak maaf la yer.. x dapat nak mengupdate blog sekerap mcm dulu.. entah la.. mood untuk mengupdate sentiasa membuak tapi tidak ada idea yang boleh dikongsikan.. salah ana juga sebab x cuba mencari.. rasa bersalah pun ada.. sebab blog ini juga salah satu amanah yang perlu ana selesaikan tanpa ana sedari.. memang blog ini atas diri ana sendiri tapi ini juga amanah untuk diri ana untuk mengupdate blog ini agar sentiasa hidup untuk ingat-memperingati...

Harap cuti sekolah jer panjang.. ana ingatkan ana akan gunakan dengan sebaik mungkin untuk memberi ruang untuk ana mengupdate blog ini tapi lain pulak jadinya.. blog ini yang menunggu masa untuk ana ubah dia punya wajah.. mintak maaf yer kepada semua pembaca blog ana nie.. Maaf sangat-sangat T_________T

Sebelum ini ana merasakan blog ini sebagai wadah ana untuk ana sampaikan idea atau sebarang maklumat untuk dikongsi.. tetapi.. bila direnung semula.. dianalisa diterokai dalam-dalam.. rupa-rupanya blog ini lebih dari ana rasakan.. blog ini merupakan satu amanah untuk diri ana agar ana rakamkan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada orang lain.. memang ana boleh tidak mengupdate blog ini selagi ana tak ada idea yang boleh dikongsi tetapi bila kita jadikan blog ini sebagai satu amanah yang cukup besar agar kita menjaganya.. kita akan cuba sediakan masa kita dengan sebaiknya untuk kita luangkan masa untuk mengupdate blog ini..

- wah.. baru sedar yer akan amanah yang berat ini.. bukan senang taw.. ini jalan yang kau pilih.. jadi berikan yang terbaik..

- jadikan ia sebagai satu perkongsian minda untuk diperoleh manfaatnya...


...............................................................................................................................................


Cuti sekolah sudah bermula.. sudah seminggu percutian yang panjang ini bermula.. apa yang adik-adik lakukan untuk memenuhi ruang masa yang lapang ini??

Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya.. jangan membuang masa.. manfaatkan cuti dengan sebaiknya.. jadikan masa yang kita ada ini untuk kita manfaatkan sepenuhnya.. jangan jadikan masa anda berlalu begitu sahaja.. sedih taw.. masa yang kita ada ini bila kita manfaatkan dengan sebaiknya.. mmg begitu bermakna.. yang penting kta tak akan rasa menyesal..

yang ambik exam next year macam mana??? haa... cuba berikan yang terbaik yer..  gunakan masa yang ada ini untuk mengulangkaji pelajaran yang lepas.. mmg mudah untuk mengungkapkan kata-kata.. tapi bila malas memeluk tubuh apakah daya diri ini melepaskannya.. bukan untuk memaksa adik-adik untuk membaca tapi jangan la adik manfaatkan 1 bulan setengah ini tanpa adik lakukan benda yang bermanfaat.. sedih taw...

Kepada BAKAL GURU - DEDIKASI TERUS KEPADA SAHABAT YANG MENGENALI

                              Cuti ni gunalah dengan sebaiknya.. mungkin masa yang diberikan ini untuk kita menfaatkan masa dengan sebaiknya untuk mendalami ilmu untuk dipenuhi agar menjadi seorang guru yang akan meMANUSIAKAN MANUSIA.. berat amanah dibahu kita.. jadi cubalah kita berikan yang terbaik.. bila ana balik kampung kali ini - bila melihat suasana masyarakat - ana rasakan berat bahu ana, berat perasaan ana untuk mengubah pemikiran masyarakat untuk mengenal agama Islam. bukan sahaja untuk kenal untuk kita tunjuk kita ini Islam pun ana rasakan payah macam mana kita nak ubah orang lain.. moga kita diberi kekuatan...



Tulisan Hati 
FaDie

Thursday, November 11, 2010

Program cuti sekolah




Kerajaan Kedah meneruskan agenda tarbiyah ummahnya, memastikan rakyatnya celik agama, berpaut pada pegangan yang benar, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Jom, adik-adik...
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.
Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..

Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :
·        Pembangunan Insan Kedah : http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/
·        Kem Anak Soleh : http://kemanaksoleh-kedah.blogspot.com/
·        Kem Bina Insan : http://kem-binainsan.blogspot.com/

Atau boleh berhubung terus dengan :

Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733

p/s - program ini terbuka yer.. manfaatkan cuti anda dengan sebaiknya.. rugi kalau x pergi... best.. moga menjadi satu jalan untuk diri kita mengenal Allah dengan lebih dekat..

Sunday, November 7, 2010

Mujahadah Melawan Nafsu

Assalamualaikum…

Salam kekuatan untuk bernafas dengan oxygen yang Allah berikan kepada kita…


Dalam meniti alam yang mungkin hampir ke penghujungnya… dalam musim kesebukan dengan buku kuliah yang perlu dibelai kerana ana akan memuntahkan semua itu dalam senaskah kertas yang perlu dinilai oleh individu yang tertentu sempat ana meraih buku SOLUSI isu 25 – MUJAHADAH MELAWAN NAFSU..

Ana rasa tajuk ini begitu dekat dengan diri ana dalam meniti hari-hari yang iman di dada tidak menentu musimnya. Kadang-kadang dirasakan iman bermaharajalela dalam diri dan kadang-kadang nafsu pula menaiki takhta tanpa disedari.. rasa diri ini penuh kepalsuan tapi biasa la, setiap hari kita perlu bermujahadah dalam meniti setiap detik dalam kehidupan.. yang penting sekiranya kita telah sedar akan tindakan kita yang tersesasar capatlah kembali ke pangkal jalan…

“ kehendak nafsu walaupun sangan merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah kita akan jadi hamba kepada apa yang kita cintai”
Dalam meniti hidup seorang insan yang kerdil, pelbagai perkara yang membahagiakan perlu kita lepaskan dalam meraih cinta Ilahi. Kita suka tidur, suka bercakap, suka mengumpat, suka tengok cerita yang merapu dan sebagainya. Semua ini membahagiakan kita tetapi perkara inilah perlu kita lawan daripada membiarkan diri kita terus lalai tanpa tujuan..

Yang paling penting, mujahadah melawan nafsu ini perlu dilakukan secara konsisten bukan hanya kerana semangat.. perkara ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.. tiada titik noktah dan kayu ukur untuk melihat perjalanan mujahadah melawan nafsu ini.. Perkara yang kita lakukan hanya untuk meraih keredhoan Allah..

Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan diri kita ini dalam jalanNya namun mentajdid kan niat perlu dilakukan.. kita perlu sentiasa mereflesikan diri kita selalu agar diri kita ini sentiasa dalam inidividu baru seperti air kosong yang diisi dalam gelas dan air tersebut sentiasa ditukar untuk memastikan air tersebut sentiasa bersih dari sebarang benda. Diri kita ini seharusnya jadi seperti air itu.. perlu pastikan diri kita ini sentiasa bersih dari perkara-perkara yang dimurkai Allah..

Sering kita dengar akan kaedah
“ tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib” 
Daripada ini, jika kita tidak mengawal nafsu kita dengan baik, sudah tentu kita akan berdosa.

~bersamalah kita kuatkan diri kita untuk melawan hawa nafsu kita. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, terus berjuang.


FaDie
Zikir Minda