Friday, February 25, 2011

Generasi Terbilang - Jadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah

Generasi Terbilang - Jadikan Rasulullah sebagai  Qudwah Hasanah

Bila dikenang zaman kebangkitan Islam. Kerdil rasa diri. bila direnung masa lalu, betapa jauhnya zaman tersebut dengan zaman kini, bangsa kini, umat kini, diri ini. Kerdil sangat.

Generasi yang dulu tetap kuat, utuh walaupun diuji dengan ujian yang sangat berat. Diminta untuk berperang, berduyun-duyun yang mahu pergi berperang. Matlamat syahid menjadi rebutan.  Mereka sering bersemangat. Siang hari pergi berperang, malam hari dipenuhi dengan beribadat kepada Allah. Subhanallah. Hebatnya generasi ini.

Kita????

Aduh!!! untuk baca Al-Quran 2 muka surat pun sudah penat, letih. Dikatakan itu sudah banyak. puasa sunat apatah lagi, sedikit sangat. orang yang menegakkan agama pula sering diejek. Dikatakan tidak sezaman, tidak bepijak pada bumi. Sedangkan mereka ialah orang Islam juga. Patutkah???? Macam mana untuk diajak berperang, nak keluar rumah untuk menolong orang Islam lain yang kesusahan pun payah, inikan ingin menolong agama Allah.

Bila dilihat situasi ini..
Boleh saya bertanya, siapa Qudwah Hasanah zaman dahulu? Siapa Qudwah Hasanah zaman sekarang? Mereka meletakkan individu berbeza dalam kotak pemikiran mereka?? Adakah sudah tidak meletakkan sebaik-baik manusia, kekasih Allah, Rasulullah S.W.T sebagai Qudwah Hasanah??? Sudah dilupakah kita akan Rasulullah akan pengorbanan beliau kepada kita umatNya?

Bila dinilai semula, kita berada dalam satu kedudukan yang begitu jauh dengan Rasulullah. Jauh sangat-sangat. Maksud saya bukan sahaja dari segi zaman malah roh kita turut jauh dari Rasulullah. Kita sudah tidak jadikan setiap sunnah Rasulullah sebagai ikutan, panduan dalam hidup, strategi  dalam membina akhlak muslim sejati.

Lihat sendiri bukti tidak rugi menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah iaitu, ketika peperangan dalam merampas Konstantinopal dari pihak Rom. Apa tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh. Setiap tindakan, setiap strategi peperangan, sebolehnya ingin mengikuti setiap strategi peperangan yang Rasulullah lakukan. Apa hasilnya??? Adakah sia-sia??? Oh, tidak!! Islam berjaya memijak ditanah Konstantinopal setelah 800 tahun dilaksanakan usaha tersebut. Akhirnya baru berjaya merealisasikan impian tersebut. Konstantinopal atau kini, Istanbul (Islam Keseluruhannya).. Apa sebabnya, jadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah.

Subhanallah. Sejarah telah membuktikan, setiap tindakan kita yang menjadikan keredhoaan Allah sebagai jalan utama, matlamat utama dan jadikan Rasulullah sebagai satu role model dalam ikutan sepanjang zaman adalah satu perkara yang tidak akan sia-sia. Sebenarnya, orang yang menolak perkara tersebut adalah orang yang rugi.

Kita lihat sendiri, bila tidak menjadikan ajaran Allah sebagai undang-undang dalam kehidupan. Semua perkara dalam kehidupan tidak mahu menjadikan agama sebagai satu jalan dalam kehidupan. Apa hasilnya?? Manusia terus lalai dengan kemewahan dunia yang hanya sementara. Terus lalai. Ajaran Islam terus diperlekehkan.

 ketinggalan zaman la

“open minded la sikit, ni zaman bila.. pakai serban nampak kolot la”

“lebih baik pergi kelas tambahan dari kelas Qiraat yang ustazah tu ajar secara percuma. Bosan la. Asyik kena mengaji ja”

Adakah ini dikatakan generasi yang berilmu, generasi yang akan mencorakkan Islam kearah yang lebih baik. Jangan menunggu sehingga generasi-generasi sekarang sebagai salah satu bahan uji kaji yang telah gagal, barulah kita sedar akan cara yang terbaik dalam mendidik akhlak manusia.

Al-Qur’an telah membuktikan Rasulullah merupakan Qudwah Hasanah yang terbaik


Apa yang kita tunggu lagi. Segalanya sudah terjawab. Cubalah kita jadikan Rasulullah sebagai ikutan kita. Buang semua individu lain yang ingin kita ikuti. Sekarang jadikan Rasulullah sebagai ikutan kita. Barulah generasi baru dengan pemikiran baru yang bersih dapat dicapai.

Rasulullah berjaya membuktikan sesuatu yang tidak mungkin dapat dihasilkan oleh orang lain.

Rasulullah, tidak dapat dilupakan segala pengorbananMu agar syiar Islam tertegak sehingga hari ini. Sesungguhnya, sayang kita tidak sehebat Saidina Abu Bakar dalam menyayangiMu. Rindu kita tidak sehebat rindunya Uwais Al-Qarni terhadapMU.

Namun, harus diingat. Kita perlu cuba menjadi umat yang terbaik. Walau mempunyai banyak kelemahan. Kita akan cuba membentuk diri agar kita dapat menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam di muka bumi. Kerana dengan cara itu kita dapat menjadi salah seorang dari sahabat Rasulullah. Moga impian kita tercapai. InsyaAllah.


Farah Diana Abu Bakar
11.49a.m
25/2/2011

~aku harapkan artikel ini menjadi satu bukti dalam aku melaksanakan janjiku itu….

3 comments:

FaDie said...

Semoga Rasulullah menjadi setiap titik dalam kehidupan kita... ~Rasullah bersama dengan umatnya~

Saya said...

ateh mantap!!
sila beri tunjuk ajar~

Unknown said...

Subhanallah.. x dak la achik.. besa2 ja...