Monday, July 4, 2011

SIBUK KER???

Sibuk ker????
Assalamualikum.. Alhamdulillah, diberi kesempan untuk update blog ini yang ana merasakan kesulitan yang amat sangat untuk berkongsi bersama.


1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
 

Tajuk yang ana utarakan kali ini rasa macam begitu kena dengan keadaan sekeliling ana… ADAKAH ANDA SEBUK????

1.      Menghadiri kuliah @ kelas.
2.      Aktiviti usrah.
3.      Perjumpaan pelajar.
4.      Meeting JPP.
5.      Solat berjemaah.
6.      Ziarah sahabat.
7.      Khidmat diri.
8.      Tugasan pensyarah.
9.      Minit meeting.
10.  Shopping.
11.  Baca buku dan surat khabar.
12.  Dengar ceramah.
13.  Bacaan Al-Qur’an dan sebagainya..





Banyak program yang ingin kita laksanakan dalam kehidupan kita. Sehingga kita merasakan tiada ruang untuk kita bernafas dan baring di perbaringan sambil beborak dengan rakan-rakan yang lain. Apakah yang anda rasakan??? Tertekan?? Tension?? Memberontak??? Putus asa?? Seronok?? Bangga???

Jawapannya.. anda sendiri perlu menjawabnya. Jawapan itu adalah hadir dari diri anda sendiri. Setakat mana anda mampu menghadapinya???  Tepuk dada Tanya iman…

Dalam kesibukkan kita dalam melaksanakan tugasan yang diberi.. harus diingat.. kesihatan jasmani dan rohani kita perlu dijaga. Perlu seimbang.. sepangjang pemerhatian ana, ramai pendakwah yang hanya menumpukan kepada gerak kerja sehingga diri mereka sendiri terabai.. ini adalah satu cara yang salah.. situasi ini perlu diperbaiki dengan memastikan gerak kerja kita seiring dengan aktiviti kerohanian kita..

Kadang-kadang dirasakan diri ini terlalu fokus kepada gerak kerja sehingga lupa dengan diri sendiri.. namun.. ada hikmah disebalik kesibukan yang ana alami.


Sebolehnya, ana ingin berlaku adil pada diri sendiri, namun siapakah ana?? Insan yang kerap melakukan kesilapan.. namun ana bahagia dengan cara ana ini.. bila ana sibuk dengan gerak kerja Alhamdulillah.. ana berasa begitu besyukur.. beberapa hari ini, ada diuji dengan nikmat masa lapang selama dua hari.. subhanallah, terdapat banyak perkara yang ana alami.. diri ana sendiri berasa kosong dan ana lebih terdedah dengan suasana yang LAGHO .. perkara ini yang paling ana takuti..

Bila difikirkan semula.. ana berasa amat bahagia bila diberi kesibukan seperti ini. Ana kurang melayan perkara-perkara yang menghitamkan hati ana. Alhamdulillah.. ana mengharapkan ana terus thabat dalam perjuangan ini..


Semak hati semula untuk terus thabat.. jangan biarkan diri ini terus dimamah dengan kesibukkan duniawi semata-mata  namun biarkan diri turut sebuk dengan ukhrawi.
  
~ karya ini tidak ada kena mengena denga pihak mana-mana.. ianya hanya cetusan pemikiran sahaja dalam bermuhasabah diri untuk menghargai masa.

No comments: