Sunday, May 15, 2011

AKU HANYA INSAN BIASA...

...............................
..................... (^_^)..............

...............  :)
...........................    .....   :(....

........................................
~$%^.. @(^&....

~AKU HANYA INSAN BIASA~

Sunday, May 8, 2011

Bulan Membaca - IPG KDRI

6/5/2011

Satu kempen bulan membaca telah dijalankan di IPG KDRI.. kempen ini dilaksanakan dalam memupuk semangat guru pelatih untuk mengamalkan budaya membaca terutama dalam musin exam ini.. amat bertepatan sekali kempen ini dilaksanakan..

moga aktiviti yang dilaksankan sepanjang bulan ini berjalan dengan lancar.. insyaAllah.. ameen...


~ ana tulis bukan untuk memuji sekadar luahan hati untuk memuji tindakan yang berkualiti...


BUDAYA MEMBACA??????

sejauh mana budaya ini berjaya dilaksanakan dalam diri kita.. sebagai umat Islam kita amat digalakkan untuk membaca kerana membaca adalah jabatan ILmu.. amat berguna sekali...

apa perancangan anda dalam bulan ini?? berapa buah buku anda target untuk anda habiskan pembacaan anda???

Sepatutnya.. perkara ini sudah menjadi darah daging kita dalam kehidupan seharian.. setiap ketika, setiap saat masa kita habiskan dengan membaca... NAMUN.... jangan sekali-kali lupa akan tugasan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini..

Banyak perkara perlu kita usaikan dan laksanakan.. teruskan membaca..

Aktiviti membaca ana agak slow sedikit buat masa sekarang... entahlah.. maybe.. habiskan masa dengan perkara yang kurang bermanfaat kot..

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik yer...

Saturday, May 7, 2011

Apa matlamat hidup anda????

Paaaannngggg!!!!!

bunyi hentakan buku di atas meja.. 
Tergamam Aisyah, Kamilah, dan Masitah... Mereka dalam satu kumpulan pada malam itu.. telah disoal beberapa kali oleh Ustazah Fatehah akan beberapa soalan.. dan kali ini...

"Apa matlamat kamu??"

Saling berpandangan antara Aisyah dan Kamilah.. Sukar untuk diluah jawapan itu apa bila disoal betubi-tubi kali oleh Puan Fatehah.. 


Masitah tidak tahu matlamat dirinya selama ini.. memohon simpati jawapan dari sahabatnya, Kamilah.. namun reaksi dari wajah Kamilah turut menunjukkan jawapan yang tidak diingini darinya - tak tahu...

"Mardhatillah..."

Akhirnya.. Aisyah bersuara dalam nada yang gementar.. tanda tidak yakin dengan jawapan yang diberi.. namun cuba kumpulkan semangat yang hampir telucut sebentar tadi hasil dari ketukan meja yang kuat tadi.. hampir telucut jantungnya...

--------------------------------------------------------------------------------------

Gambar hiasan


Ana memberikan satu gambaran situasi dalam satu program yang sahabat ana ceritakan kepada ana ketika di sekolahnya dahulu.. amat indah kenangan tika itu.. ana dapat merasai melalui kenangan itulah yang banyak membentuk perubahan dalam diri sahabat ana..

Setiap perbuatan yang dilakukann untuk mendapat keredhaan Allah.. memang sukar.. namun usaha yang dilakukan perlu dimaksimakan.. sekiranya apa yang kita lakukan hasilnya baik namun tidak mendapat keredhaan Allah.. ianya amat mensiasiakan.. 

Keredhaan Allah amat penting dalam kehidupan seorang muslim. biar kita dicemuh, dihina, dicerca dan sebagainya.. namun keredhaan Allah dapat kita kecapi...

-Sekian itu renungan dari ana... moga anda mendapat manfaat..
-Berkejaran untuk solat asar.. takut x sempat..