Saturday, May 7, 2011

Apa matlamat hidup anda????

Paaaannngggg!!!!!

bunyi hentakan buku di atas meja.. 
Tergamam Aisyah, Kamilah, dan Masitah... Mereka dalam satu kumpulan pada malam itu.. telah disoal beberapa kali oleh Ustazah Fatehah akan beberapa soalan.. dan kali ini...

"Apa matlamat kamu??"

Saling berpandangan antara Aisyah dan Kamilah.. Sukar untuk diluah jawapan itu apa bila disoal betubi-tubi kali oleh Puan Fatehah.. 


Masitah tidak tahu matlamat dirinya selama ini.. memohon simpati jawapan dari sahabatnya, Kamilah.. namun reaksi dari wajah Kamilah turut menunjukkan jawapan yang tidak diingini darinya - tak tahu...

"Mardhatillah..."

Akhirnya.. Aisyah bersuara dalam nada yang gementar.. tanda tidak yakin dengan jawapan yang diberi.. namun cuba kumpulkan semangat yang hampir telucut sebentar tadi hasil dari ketukan meja yang kuat tadi.. hampir telucut jantungnya...

--------------------------------------------------------------------------------------

Gambar hiasan


Ana memberikan satu gambaran situasi dalam satu program yang sahabat ana ceritakan kepada ana ketika di sekolahnya dahulu.. amat indah kenangan tika itu.. ana dapat merasai melalui kenangan itulah yang banyak membentuk perubahan dalam diri sahabat ana..

Setiap perbuatan yang dilakukann untuk mendapat keredhaan Allah.. memang sukar.. namun usaha yang dilakukan perlu dimaksimakan.. sekiranya apa yang kita lakukan hasilnya baik namun tidak mendapat keredhaan Allah.. ianya amat mensiasiakan.. 

Keredhaan Allah amat penting dalam kehidupan seorang muslim. biar kita dicemuh, dihina, dicerca dan sebagainya.. namun keredhaan Allah dapat kita kecapi...

-Sekian itu renungan dari ana... moga anda mendapat manfaat..
-Berkejaran untuk solat asar.. takut x sempat..

No comments: