Saturday, April 30, 2011

Mencari sinar di malam hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setelah sekian lama ana x buat blog walking.. akhirnya malam nie ana berkesempatan.. rasa macam banyak input diperolehi secara tak langsung..  apa yang diperoleh begitu bermakna kepada diri yang selalau lalai dan leka...

Dimalam yang hening ini.. sukar untuk ana melepaskan perkataan-perkataan untuk dicoretkan kepada anda semua, namun  ana ingin konsikan untuk kita bina semangat dan perasaan kita.. jangan sekali kita mudah mengalah dengan perasaan sendiri kerana perasaan boleh menyesatkan kita kepada kesengsaraan melainkan perasaan yang dilimpahi dengan iman.. bila ana boleh merasainya??? :(..


Hati ini terasa sayu mengenangkan kehidupan yang menghiasi diri ini kebelakangan ini.. ana merasakan ana telah banyak melawan perasaan sendiri.. cuba bangun sendiri.. lawan perasaan.. kuatkan diri.. cuba berikan yang terbaik..namun.. ana tewas juga akhirnya.. malam ini.. dirasakan begitu sayu seperti langit yang hitam pekat tanpa gugusan bintang yang menyinari... perasaan sayu.. hati terus meratap kesedihan entah apa sebabnya... diri ini turut tidak mengetahui puncanya... hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini seperti mana Allah turut mengetahui setiap rahsia alam yang tidak terkira nikmatnya..


Namun aku sedar.. malam yang suram ini adalah untuk kita syukuri nikmat cahaya matahari walaupun ianya panas membahang.. semuanya.. ada hikmah. Begitu juga.. perasaan yang ana alami sekarang... insyaAllah ada hikmah.. untuk ana sedar.. ana hanya manusia biasa.. yang lemah.. yang turut mengharap akan kekuasaan Allah.. semangat Rasulullah dan Para Sahabat .. serta dorongan dan sokongan sahabat-sahabat seperjuangan.. dan yang pasti.. ana tahu.. ana tidak bersendirian.. ramai lagi sahabat ana yang memberi sokongan dari belakang.. cuma.. kadang-kadang ana sendiri tidak menyedarinya..
Ana bukan berdiri keseorangan..
 Ya Allah.. begitu besar nikmatmu kepada hambaMu ini.. terima kasih Ya Allah...


Dalam kesedihan ini.. membuatkan ana diam.. walaupun dianggap pelik oleh beberapa orang yang mengenali..dan merefleksi diri agar berpijak dibumi yang nyata.. berfikir dan sedar akan segala tindakan yang telah dilakukan.. merancang perkara yang ingin dilakukan agar bermanffat untuk Islam dan keseluruhannya..

Diri ini lemah. serba kekurangan.. namun cuba memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah yang lemah.. sama-sama memperingati dan memberi semangat..

Ayuh.. bina hidup baru.. saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan atas kesabaran..


~ asif kepada pembaca.. coretan perasaan untuk membina diri..
~ asif juga.. tiada gambar untuk dikongsikan.. ada masalah dalam mengupload.. asif kepada semua...

No comments: