Wednesday, April 27, 2011

Tenang dan Sabar

Assalamualaikum...

Bismillah..

Semakin suram dirasakan blog ini sejak akhir-akhir ini.. maaf dari ana..ana masih sayangkan blog ini dan semestinya ana tidak akan membiarkan ini berlarutan.. disebabkan kekangan masa dan taklifan yang diberikan menyebabkan ana tidak mampu untuk mencari ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Betul ker???? Ehhm.. Seebbuk la saannngaaat..hehe..sebenarnya.. peluang untuk ana on9 tidak  lama.. (tidak sebuk pun tapi lebih kepada penyebuk)

Banyak perkara yang ana ingin kongsikan untuk panduan diri dan kehidupan semua..namun ana tidak mampu untuk menceritakan segalanya.. ianya hanya mempu melonjak di seluruh lubuk hati saya sahaja...

Apa kaitannya dengan tajuk saya pada kali ini..




PESANAN KEPADA DIRI DAN SAHABAT

Ana memahami, dalam kesibukkan kita untuk membuat gerak kerja Islam, kita pasti tidak akan sunyi dari ditimpa ujian dari pelbagai sudut. mehnah dan tribulasi merupakan makanan harian kita apabila kita menjinakkan diri kita dalam jalan ini.

Kepada hati-hati yang sudah penat, letih , futhur.. BANGUNLAH SEMULA... jangan biarkan diri anda terus diselimuti hasutan syaitan.. gerak kerja kita ini kerana Allah.. ini sahaja jalan yang kita pilih untuk kesejahteraan hidup kita diakhirat.. memang perit, memang pahit namun kemanisan kelak tak terhingga rasanya.. Sama-sama kita kuat dan teguh berdiri dalam mengharungi segala ujian ini.

Perasaan tenang perlu dihiasi dalam kehidupan agar setiap apa yang kita lakukan bukan atas dasar perasaan dan emosi. sekiranya emosi menguasai kita, kadang-kadang ia merupakan perkara yang tidak wajar.. keputusan yang diambil pun hanya sekadar untuk memuaskan perasaan kita sahaja.
perkara ini yang ditakuti kerana takut mempengaruhi dalam gerak kerja kita.

Sahabat.. jadikan ujian yang menimpa kita ini sebagai satu pemakin semangat untuk kita lebih mengorak langkah untuk berjuang dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.. cuba kita positifkan setiap perkara yang berlaku.. Ana faham.. bukan mudah, tapi semestinya ia tidak mustahil. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.. Perjuangan yang tidak ada penentangan bukan dikatakan sebagai perjuangan.. Perjuangan Rasulullah lebih perit dari ujian yang menimpa kita..

Sebagai pejuang agama Allah, bersabarlah ketika ditimpa ujian.. sesungguhnya Allah bersama kita.. jangan sesekali merasakan diri ini lemah.. kita perlu yakin dan terus kuat semangat..

Kepada sahabat-sahabat seperjuang....

Tiada lain pintaku kepadamu,...
Sabar lah sahabat dalam menempuh ujian yang mendatang.. bersabar.. tenanga lah.. ana tahu sahabat-sahabat mampu menghadapinya.. kerana ana tahu sahabat-sahabat ana sememngnya kuat.. jangan mudah merasa lemah.. masih ramai lagi kader-kader Islam menunggu seruan kalian.. kata-kata semangat kalian..

MOGA MENGHADAPI UJIAN INI DENGAN SABAR DAN TENANG..


~ ini post ana yg lama.. yg hanya tersekat di draf x sempat nak postkan.. Alhamdulillah.. Allah memberi kita peluang dan ruang untuk kita lebih mendekatkan diri kita padaNya..

No comments: