Friday, June 10, 2011

Hati ini!!


Hati ini sudah lama tidak berperasaan..
kering,kemarau..mungkin berhabuk..
yang ada sudah pergi..
yang tiada makin menghilang..
yang di sisi belum tentu memahami..
yang faham belum tentu mendengar..
yang mendengar belum tentu merasai..
diri yang merasai..
segalanya perlu ditelan..
biar pahit,biar keras..
namun amat berguna..
agar menjadi lebih KUAT..
kadang-kadang kita perlu meluahkan..
kerana kebisuan sukar ditafsir..
pandangan sukar dimengertikan..
SOMEHOW..UNPREDICTABLE..

"aDAkalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA..
 daN adakalanya kiTa PerLu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA..
 BerSyukur pada oRg yang MENYAKITIMU kerana dia yg MENABAHKANMU..
 BerSYukur pada org yang TAK MENGENDAHKANMU kerana dia yang MEMUPUKMU BERDIKARI..
 Bersyukur pada orang yang MENJATUHKANMU kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..
 Bersyukur pada orang yang MENYIKSAMU kerana dia yang menguji KESABARAN DAN KETABAHANMU.."

*ukhwah itu amat sukar untuk ditafsir..hargailah insan di sisimu..Jazakillah sahabat..


Hati ini begitu bernilai dalam diri kita… sihat hati insyaAllah sihat juga kehidupan kita.. apa yang dimaksudkan dengan sihat???

Tetiba saya teringat lagu..

Jagalah jangan kau kotori… (lagu nasyid dari indon)

Hati ini sukar kita duga, sukar kita ramal.. bila-bila masa saja boleh berubah.. jagalah hati agar hati kita ini terus disuburi dengan iman.. dengan rahmat dari Ilahi.. mmg kita sukat menduga akan perasaan hati kita, iman ini kadang-kadang naik, dan kadang-kadang menurun.. namun hati ini hak Allah, milik Allah.. jadi kita cuba untuk serahkan kepadaNya..

Berdoalah agar hati kita ini terus thabat dan tetap terutamanya pada akhir zaman ini..

Amalkan Solat Sunat Awabin, insyaAllah dipermudahkan dan dikuatkan iman kita..


~ kredit to Lily my junior, atas untuk post kali ini..

Sunday, June 5, 2011

Teruja @ majlis pernikahan

Assalamualaikum..

Apa yang anda lakukan sepanjang cuti nie??????

Sepanjang cuti nie ana banyak pergi kenduri kahwin... berbanding dengan sebelum ini.. amat kurang sekali untuk ana pergi tengok majlis seperti ini.. yang lebih menerujakan ana ialah.. ana pergi lihat sahabat IPG ana sendiri yang kahwin.. terasa TERUJA pulak.. buat pertama kalinya saya lihat dan merasai debaran itu.. (debaran si pengantin la)..

1001 kenangan memang x dapat dilupakan.. sebenarnya ini pengalaman pertama ana menyaksikan suasana sebelum n selepas nikah nie.. tambh2 pulak orang yang ana kenal... mmg lain suasananya... suasana yang ana tak pernah rasakan sebelum ini....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ana bukan orang yang pakar dalam perkara ini (perkahwinna) namun  ana ingin berkongsikan satu perkara dengan anda semua...

perkara ini pernah diutarakan oleh ustazah ana di bumi Maahad dulu... Ustazah Afriza.. dalam meniti kehidupan rumah tangga nie... ramai yang lupa.. perkara penting dalam rumah tangga nie adalah bagaimana kita menguruskan majlis pernikahan kita.. kita nak jadikan rumah tangga kita berkat.. jadi untuk itu kita perlu jadikan hari permulaan rumah tangga itu dengan keberkatan..


Betul tu.. kita nak jadikan sesuatu rumah tangga yang berkat.. sepatutnya kita mesti mulakannya dengan mewujudkan suasana yang pernuh dengan keberkatan... bukan maksud ana perkahwinan yang ada selama nie tak berkat kalau ada yang cerai berai.. tpi maksud ana mcam mana kita jadikan setiap kehidupan kita ini dihiasi dengan keberkatan..

majlis perkahwinan itu sendiri.. berkat x???.. pakaiannya, pergaualan antara tetamu, campur @ tak laki dan perempuan, perjalanan majlis tersebut... semuanya perlu dilaksanakan untuk mendapat keberkatan dari Ilahi.. bukan mudah namun tidak payah.. sama-sama kita usahakan..

ana nak kongsi tips mendapat berkat pun ana bukan berpengalaman lagi.. namun dari pengalaman orang yang lebih tua nie ana nak kongsi la...

1. Pemakaian pengantin dan tetamu yang menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan.
2. Kenduri mengikut kemampuan dan jangan berlebih-lebihan.
3. Pergaulan antara tetamu terjaga.
4. Mas kahwin yang berpatutan.

dan banyak lagi..

tak tersebut ana.. biasa la.. x berpengalaman kan.. ana nak cerita penjang pun ana tak tahu nasib ana macam mana nanti. ana hanya ingin kongsikan bersama sahaja..



dalam keseronokkan kita dengan kemeriahan majlis untuk meraikan pasangan raja sehari,  jangan sekali-kali kita lupakan keberkatan yang perlu kita utamakan..

~ SELAMAT PENGANTIN BARU saya ucapkan kepada pasangan yang meraikan cinta mereka ke jinjang perkahwinan.. tahniah saya ucapkan...
~ Semoga dilimpahi kenerkatan...






# ana ingin kita kongsikan bersama.. sekiranya salah boleh ditegur.. asif....