Tuesday, February 1, 2011

Salam Perjuangan untuk diriku..

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... moga dalam keadaan sihat sejahtera..
Mengikut perkembangan yang berlaku di luar negara.. Mesir terutamanya.. keadaan amat getiur.. nampaknya suara rakyat tidak boleh dipandang enteng lagi..

Ana tak tahu nak cakap macam mana mengenai suasana disana.. dalam penilaian ana yg sedikit ini.. berbagai perasaan yg bergaul sekali.. tapi tiada lain yang ana pinta.. moga abang ana disana dlm keadaan baik dan selamat.. berita darinya belum apa pun diterima.. begitu juga untuk sahabat seperjuangan ana yg berada disana.. tidak dilupa juga kepada semua ahli keluarga yg membaca post ini ataupun tidak.. diharapkan dalam keadaan selamat hendaknya.. begitu sukar untuk kita lafazkan mengenai suasana disana.. begitu genting.. tiada lain yang diharapakan hanya keselamatan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja..

Mengenai tajuk ana pada kali ini.. ana nak tari diri ana agar kembali bersemangat untuk berjuang..

sudah lama sebenarnya ana membiarkan diri ana gersang tanpa sebarang kata-kata semangat untuk berjuang.. kata-kata jihat udah tidak kedengaran ditelinga.. hanya sayup2 suara-suara semangat yang kadang-kadang hadir tapi leyap begitu sahaja.. maybe kahadiran ana dalam usrah belum sepenuhnya sehinggakan perasaan ana masih lagi ditimpa putus asa dan lemah..

Farah.. bangunlah kamu.. buka matamu.. pasang telingamu.. jangan didamba pergantungan lain melainkan pergantungan Allah.. masih ingatkah kamu perjuangan Rasulullah.. perjuangan para Sahabat..  perjuangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.. perjuangan As-Syahid Sheikh Qutb.. dan sebagainya.. - perjuang kontemporari..

Sudah lama diri ini diselubungi aktiviti-aktiviti yang tidak membakar jiwa perjuangan.. mmg selalu menyampaikan kepada yang lain tapi untuk memberi ruang ke dalam diri ini untuk membentuk semangat perjuangan tidak sama.. gerun rasa hati dan diri ini bila melihat perubahan yang berlaku..


Sering hati ini cuba menanam kefahaman dalam diri agar diri ini terus berjuang.. tidak mahu hanya sekadar semangat..kerana diri ni tahu..semangat itu akan pudar.. apabila berjuang diiringi dengan kefahaman.. insyaAllah.. jalan yang akan diambil akan sentiasa diatan kebenaran..


Jangan mudah mengalah.. ingat kata yang sering dilafazkan

dimana bumi dipijak disitu ISLAM DIJUNJUNG
 Dulu dalam diri ini banyak perkara yang berlaku dalam proses untuk mematangkan diri ini.. alhamdulillah.. ana berjaya mengharunginya.. adakah ujian yang ana alami sekarang turut mematangkan ana.. harap begitu la...

Moga diri ini terus dalam istiqamah dalam perjuangan.. kepada sahabat-sahabat.. doakan ana.. jangan biarkan ana dalam sendirian...

~kalau ada apa-apa ransangan yang ingin berikan kepada ana.. boleh ja hantar ke emel atau facebook.. ana sentiasa dahagakannya... moga dapat membantu diri yang kerdil ini..
 FaDie

2 comments:

FaDie said...

moga diri ini terus semangat dalam perjuangan.. Ya Allah.. bantulah hambMU ini...

محمد حذوان بن حميدان said...

salam perjuanagn.. (^_^)