Friday, July 29, 2011

Ramadhan.. ku temu lagi

Ramadhan ku temu lagi…


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Madrasah Rmadhan - 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan


Assalamualaikum.. subhanallah.. betapa agungNya nikmat Allah yang memberi peluang untuk kita bertemu lagi dlm madrasah Ramadhan pada kali..
Entah.. tidak tahu kenapa.. suasana untuk menghidupkan bulan Ramadhan pada tahun ini membuak-buak.. tahun sebelum2 ini tetap ada.. namun lain dari tahun2 lepas dengan nak menjelang beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma.. ana merasakan ana ingin bersedia lebih untuk madrasah Ramadhan kali ini.. semangatnya terus bersemarak untuk meneruskan pentarbiahan… (moga berjaya la)

Apa persediaan kita?? Cuba hayati video ini.. moga kita terus berazam untuk melaksanakannya..



Ana berasa syukur sangat dalam menjelang Ramadhan kali ini.. tadi seketika sempat berborak dengan abang ana yang berada di Mesir,
 “Ramadhan nie caq nak berkhalwat”
Itu kata-kata dari mulutnya.. ana yang sememangnya suka akan bahasa yang balagha nie, menggalakkan lagi.. namun. Dalam hati agak tercabar..
‘mampukah aku dapat berkhalwat sekali’
‘mampukah aku beruzlah mendekatkan diri kepada Allah’
‘mampukah aku melaksanakan ibadah tanda pengabdian aku kepada Allah bukan kerana manusia’

Namun apa yang ana pinta hanya satu perubahan atas pentarbiahan.. walaupun perit.. namun kesannya manis… yang penting timbulkan keikhlasan kita hanya kepada Allah S.W.T..

Kita manusia yang lemah.. hamba yang sentiasa melakukan kesalahan.. sekarang Allah membuka pintu seluas-luasnya kepada kita menunjukkan kehambaan kita.. bila lagi kita nak mula???  Pintu dah buka, kunci dalam tangan kita.. teruskan ja.. terus tarbiah..
Baru nak belajar untuk ditarbiah??? X pa.. teruskan belajar.. dalam bulan ramadhan ini lah.. gunakan dengan sepenuhnya… nak belajar, belajar sungguh-sungguh.. baru bebaloi..

Subhanallah.. ya Allah, betapa banyaknya nikmat yang kau berikan kepada hambaMu yang banyak alpa ini.. terima kasih ya Allah.. member aku peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini…

~ ku berharap.. Ramadhan kali ini akan ku manfaatkan sepenuhnya.. insyaAllah.. sama-sama kita manfaatkan bersama..

1 comment:

محمد حذوان بن حميدان said...

Moga Ramadhan kali ini membuahkan ketakwaan dalam diri kita,amin..maaf zahir dan batin (^_^)