Monday, March 14, 2011

Kasimpulan dari BIG Siri 3 - Sifat-sifat fardhu muslim

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…

Kaifahaluk????

Alhamdulillah bi ni’matil iman wa Islam… AllahuAkbar!!!!

~post kali ni agak panjang. Harap kepada sahabat dapat sabar membacanya.


Sudah lama ana tidak mengikuti aktiviti lasak mahupun yang menguji ketahanan mental. Last pun setelah ana pergi ke KBS bersama adik2 kumpulan ana dulu.. Alhamdulillah, baru-baru nie ana perlu menghadiri satu Program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Pertanian Sekayu, Terengganu selama 4 hari 3 malam. Setiap guru wajib menjalani program ini kerana ia melibatkan 3 jam kredit. Amat penting untuk setiap guru menghadiri program ini. Tidak dapat tidak…. Untuk BIG kali ini, kami merupakan siri yang ke-3 yang melibatkan semua unit Pengajian Islam. Di IPG ana, terdapat 3 unit pengajian Islam, jadi yang hadir untuk siri ini adalah sebanyak 3 unit sahaja iaitu seramai 63 orang. Sebelum nie 4 unit

Di Sekayu, Tempat ini amat sesuai untuk menjalankan program yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Alhamdulillah, sepanjang ana berada disana, hujan rahmat sentiasa menimpah ruah di bumi hijau itu.. dah memang kawasan pertanian memang hijau la….setiap hari hujan.
Al-Baqarah - 22

Pertama kali mendarat (menjejakkan kaki) di situ, rintik-rintik hujan sudah memberikan tanda untuk turun lagi... Banyak perkara yang ana pelajari disana. Dengan aktiviti water confident, kembara gunung@ rezeki pacat, LDK kenali diri dan sebagainya. Penuh aktivti yang diperlukan oleh seorang guru.


Bagaimana aktiviti yang diperlukan oleh seorang daie’???

Sifat-sifat Peribadi Muslim.(Fardhu Muslim)

1. AKIDAH YANG SEJAHTERA
2. IBADAH YANG SEMPURNA
3. AKHLAK YANG BAIK
4. PEMIKIRAN YANG BERWIBAWA
5. BADAN YANG SIHAT / KUAT
6. BERMANFAAT UNTUK SAUDARA YANG LAIN
7. MAMPU BEKERJA
8. TERATUR DALAM SETIAP URUSAN
9. BIJAK MENGURUSKAN MASA
10. MELAWAN HAWA NAFSU

Ana didedahkan dengan aktiviti yang berbentuk kem mahupun tamrin dari darjah 4 iaitu dengan mengikuti perkhemahan di Pantai Merdeka. Dari situ ana pelajari untuk mempertahankan ketahanan mental dan fizikal. Biasala. Aktiviti perkhemahan.. tambah pulak ana masih darjah 4, mmg kena la… (dubuli…) Seterusnya yang berbentuk tamrin di MMPG dengan mengikuti Tamrin Maahadi bermula dari tingkatan 1. Banyak pengalaman yang ana perolehi dan tersemat dalam sanubari.. Tidak salah ana, hampir setiap tahun ana mengikuti program seperti ini. Dan semestinya ana begitu bersyukur kerana didedahkan dengan program seperti ini sejak dari awal lagi.

Sebenarnya ... Dengan adanya program seperti ini, ia membentuk diri ana…. Membentuk diri ana untuk cuba melengkapkan Fardhu Muslim ini. Alhamdulillah, ana ditakdirkan bersekolah di MMPG yang sememangnya terdapat tarbiah seperti ini. Ana bukanlah dikategorikan dengan orang yang tahu agama sangat. Tapi, bila didedahkan dengan aktiviti ini, secara tidak langsung merubah diri ana untuk tahu dengan lebih mendalam mengenai agama.

Ditakdirkan, di Tingkatan 4, ana berpindah sekolah. Bertuah bagi ana lagi kerana dapat menagih ilmu di MMAS yang sememangnya terkenal dengan sekolah yang menghasilkan para ilmuan Islam. Ana tidak lah dikategorikan seperti ilmuan Islam tersebut, tapi, pentarbiahan itu dapat ana rasai. Dengan suasana di rumah sewa, memang ana dapat rasai sepenuhnya dalam diri untuk membentuk Fardhu Muslim ini.


Bila pentarbiahan ini berterusan ana merasakan satu kepentingan dalam diri setiap individu untuk melibatkan diri dalam setiap program atau aktiviti yang berbentuk pentarbiahan. Ini amat penting untuk memastikan kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dan sentiasa beribadat kepadaNya. Subhanallah, begitu indah aturan Allah..

Andai sesetengah pembaca tidak merasai apa yang ana rasakan jangan risau, cuba jadikan aktivti di sekolah sebagai satu proses untuk mentarbiah diri kita.

Ketika belajar, membentuk diri kita untuk pemikiran yang berwibawa.

Bila berpesatuan, membentuk diri kita untuk bermanfaat untuk saudara yang lain, mampu bekerja dan bijak menguruskan masa.

Dengan aktiviti agama dapat membentuk akidah yang sejahtera.


…………….Sebenarnya, aktiviti ini adalah satu aktiviti yang kita sentiasa tempuhi. Sama ada kita memanfaatkannya atau tidak sahaja.


KHULASAH DARI BIG (KESIMPULAN DARI BIG)

Bila melibatkan dengan program BIG ini apa yang dapat ana rasai
1. Bijak menguruskan masa.
2. Ibadah yang sempurna.
3. Badan yang sihat dan kuat.
4. Akhlak yang baik.
5. Teratur dalam setiap urusan.
6. Melawan hawa nafsu.
7. Pemikiran yang berwibawa.
8. Bermanfaat untuk saudara yang lain.

Hampir semua ciri-ciri ini dapat ana rasai ketika berBIG.. ana harap sahabat-sahabat turut merasainya.. 8 ciri-ciri ni yang betul-betul ana rasai.. mungkin ada yang lain tapi tidak tertulis…

Bijak menguruskan masa
Setiap aktiviti ana perlu mengikut masa yang ditetapkan agar tidak mengganggu aktiviti yang lain. Sifat ni amat penting untuk seorang guru.

Ibadah yang sempurna
Ketika solat, alhamdulillah, mejoritinya, kami sempat berjemaah. Alhamdulillah.

Badan yang sihat dan kuat.
Ketika mengembara ke dalam hutan.. badan yang sihat dan kuat amat penting untuk ana terus mendaki sehingga ke tempah perkhemahan.

Akhlak yang baik
Sebagai seorang guru.. dan yang pergi berBIG ini semuanya adalah bakal ustaz dan ustazah, sememangnya amat ditekankan untuk berakhlak mulia. Menutup aurat. Pergaulan dan cara berpakaian amat perlu dititikberatkan.

Teratur dalam setiap urusan
Apa yang penting dahulu yang perlu ana aulakan. Ketika memasak dengan kayu api amat menguji sekali. Yang mana perlu kami utamakan untuk masak. Jangan masak sardin dulu sedangkan nasi belum masa. Sardin tu tak masak pun tak apa. Betul tak??? bila melihat situasi bercamping la...

Melawan hawa nafsu
Bila disana, pergaulan lelaki dan perempuan amat perlu, namun bagaimana kita menjaganya. Jangan pula ambil kesempatan untuk berkenal-kenalan di dalam aktiviti ini. Walaupun ada

Pemikiran yang berwibawa
Di waktu malam dan petang, kami ada sesi LDK bersama Encik Idrus.. aktiviti yang dijalankan banyak menguji minda dan lebih kepada mengenali diri sendiri. Kita akan rasa lebih kenal dan yakin akan diri kita sendiri dalam mengawal kehidupan kita untuk lebih dekat dengan Allah.

Bermanfaat untuk saudara yang lain
Kerjasama amat penting sekali. Jangan tinggalkan sahabat.

~ketika cuti ni banyak dugaan yang menempuh terutama dari segi pengurusan masa dan ruang untuk perkara yang bermanfaat.. takut tak dapat nak habiskan nikmat yang Allah berikan ini dengan sebaiknya.

~ana hadiahkan zikir ini untuk kita hayati bersama… moga hati ini akan terus terjaga tidak kira dimana berada…


3 comments:

Saya said...

semangat BIG masih terasa~
huhu
bila sembang2 kat umah itulah jugak tempat kakak kami TQ satu masa dahulu...
(^_^)

FaDie said...

hah!!!!! wah2,..... menarik.. hehehe..

محمد حذوان بن حميدان said...

prjuangan itu manis, nmun prlu dirasai kepahitannya dahulu..tahniah telah selesaikn BIG prtme,mga ibrahnya dpt trs dihayati~